KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan agar Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 atau Akta A1642 berkuat kuasa pada hari ini (11 Februari).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 itu telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda pada 19 Januari lalu dan seterusnya diwartakan sebagai Akta A1642 pada 25 Januari.
Katanya, penguatkuasaan Akta A1642 juga adalah satu komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Akta ini merangkumi pindaan kepada Perkara 1(2), 160(2) dan 161A(6) dan (7) Perlembagaan Persekutuan dan adalah suatu komitmen Kerajaan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 bagi pindaan Perkara 1(2), 160(2) dan 161A(6) dan (7) Perlembagaan Persekutuan telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 14 Disember 2021 dengan sokongan 2/3 majoriti (199 ahli) dan Dewan Negara dengan sokongan 49 ahli pada 23 Disember 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Malah, katanya akta itu merupakan suatu “khabar gembira” yang ditunggu-tunggu rakyat Sabah dan Sarawak di mana pindaan kepada fasal (2) Perkara 1 dan fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan ini adalah untuk menjelaskan lagi kedudukan negeri-negeri di Malaysia selaras dengan perkara-perkara yang tersurat dan tersirat dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Manakala pindaan kepada fasal (6) dan (7) Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan adalah memperuntukkan bahawa ras yang dikira sebagai ras asli bagi Sarawak adalah seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang Negeri.
"Oleh itu, melalui pindaan ini definisi ras asli di Sarawak adalah tidak lagi tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan boleh ditentukan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui perundangan negeri Sarawak sendiri," ujarnya lagi.
Astro Awani
Fri Feb 11 2022

Wan Junaidi berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda pada 19 Januari lalu. - Gambar fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Akta A1642 berkaitan Sabah, Sarawak berkuat kuasa hari ini - Wan Junaidi
Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan agar Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 atau Akta A1642 berkuat kuasa pada hari ini (11 Februari).