BANTAHAN segelintir majikan dan organisasi majikan berhubung pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan, memandangkan majikan telah dibenarkan untuk bertindak kasar terhadap pekerja-pekerja Malaysia sejak sekian lama.
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) telah diramal akan menyatakan bahawa masanya tidak sesuai sekarang. Saya telah meramalkan perkara ini kerana masanya tidak pernah sesuai untuk MEF pada bila-bila masa terdapat langkah untuk menambah baik kepentingan para pekerja di negara ini.
Adalah jelas bahawa pihak-pihak seperti MEF mahu pekerja berada dalam keadaan dieksploitasi dan dinafikan hak asasi manusia hanya supaya majikan dapat memaksimumkan keuntungan mereka dan terus mengeksploitasi sumber negara. Selaras dengan agenda reformasi kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, rakyat meletakkan harapan agar kita akan melihat pengakhiran eksploitasi tersebut.
Tanpa mengira gaji seseorang, hak untuk hari rehat, cuti umum dan waktu kerja tertentu harus menjadi hak asasi setiap pekerja. Adakah MEF menyatakan bahawa majikan sepatutnya boleh menghendaki sesetengah pekerja bekerja tanpa hari rehat, pada hari kelepasan am dan untuk waktu tanpa had dalam sehari?
Begitu juga dengan Persatuan PKS. Ia bukan tentang mematuhi piawaian negara maju tetapi memastikan pekerja-pekerja di Malaysia diberikan martabat asas. Tidak kira sama ada seseorang itu majikan atau pekerja, kita pasti bersetuju bahawa semua pekerja di Malaysia mesti mempunyai hak asasi yang termaktub dalam undang-undang.
Apa yang benar-benar membimbangkan ialah kenyataan Persatuan Kebangsaan Sumber Manusia Malaysia (Pusma) bahawa menambah kelayakan cuti bersalin mungkin akan makan diri dan mengakibatkan kurang wanita dalam tenaga kerja. Ini adalah jenis hujah yang, jika benar, akan membawa Malaysia kembali ke zaman kegelapan.
Ia adalah kes diskriminasi langsung yang mesti diambil tindakan oleh undang-undang. Untuk mengelakkan wanita daripada didiskriminasi secara institusi, Akta Kerja memerlukan pindaan susulan untuk memaksa semua majikan yang menggaji lebih daripada 1,000 pekerja menyerahkan data kepelbagaian jantina setiap tahun.
Jika terbukti bahawa mana-mana majikan mempunyai bilangan pekerja yang tidak seimbang, Kementerian Sumber Manusia harus menyiasat sama ada amalan diskriminasi wujud. Pusma harus memikirkan pendirian mereka dengan teliti sebelum membuat kenyataan yang memburukkan wanita.
Iklim hubungan industri tegang di seluruh dunia. Mogok perkhidmatan awam di United Kingdom (UK) adalah sesuatu yang tidak pernah disaksikan sejak protes musim sejuk tahun 1978-79. Sebabnya, kekayaan pertumbuhan ekonomi global diagihkan secara tidak rata, dan ia telah sampai ke tahap rakyat biasa sudah cukup muak.
Keseluruhan percubaan ekonomi meleleh telah gagal, dan sudah tiba masanya majikan dan kerajaan duduk dan berbincang untuk membawa penambahbaikan kepada para pekerja.
Callistus Antony D'Angelus
Penasihat Buruh Antarabangsa
Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM)
Kolumnis AWANI
Mon Dec 26 2022

Tanpa mengira gaji seseorang, hak untuk hari rehat, cuti umum dan waktu kerja tertentu harus menjadi hak asasi setiap pekerja. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Akta 244 tidak boleh atasi peruntukan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 - Finas
Md Nasir berkata perkara itu tidak memberi kuasa perundangan kepada Finas berhubung isu lebih masa yang melibatkan penggiat seni.

MTUC harap rundingan telus pindaan akta perburuhan
J Solomon berkata mesyuarat kali kedua itu memerlukan perbincangan terperinci memandangkan terdapat cadangan pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Kerja 1955 memerlukan kajian menyeluruh.

Pindaan Akta Kerja 1955 akan dibentang di Parlimen Januari depan
Pindaan Akta Kerja 1955 yang antara lain bertujuan mewajibkan majikan menyediakan kemudahan penginapan yang selesa kepada pekerja asing dijangka akan dibentangkan di Parlimen Januari tahun depan

Lebih 31,000 pekerja diberhenti sejak awal tahun hingga September
Sebanyak 31,476 pekerja terlibat dalam pemberhentian kerja bagi tempoh 1 Jan sehingga September lepas, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib.