Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata satu akta khusus untuk warga emas akan digubal dalam waktu terdekat bagi melindungi kebajikan dan hak asasi golongan itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN) yang dipengerusikannya pada hari Jumaat.
Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata akta tersebut juga antara lain bagi mewujudkan sistem sokongan yang diperlukan warga emas.
"Menyedari Malaysia akan menjadi negara tua menjelang tahun 2030, di mana 15 peratus daripada penduduk bakal terdiri daripada golongan ini (warga emas), kementerian akan menggubal akta khusus untuk warga emas dalam waktu yang terdekat," katanya dalam satu kenyataan.
Dr Wan Azizah berkata kementerian itu sedang merancang untuk mengadakan satu projek rintis untuk mewujudkan bandar raya mesra warga emas dengan kerjasama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
"Projek ini adalah untuk menggalakkan penglibatan penduduk dalam perancangan tempatan dan seterusnya mewujudkan persekitaran mesra warga emas," katanya.
Dr Wan Azizah berkata kerajaan akan terus memperkasakan warga emas dalam komuniti melalui penubuhan 29 buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) baharu.
"Sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan pada 2018 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang mana setiap PAWE menerima bantuan berjumlah RM80,000 bagi pembaikan bangunan dan pembelian peralatan serta RM33,333 bagi tujuan pengoperasian.
"Pada 2019, JKM akan memastikan mana-mana kawasan parlimen yang masih belum mempunyai PAWE akan diberi keutamaan untuk pembinaan pusat itu," katanya.
Dr Wan Azizah berkata agenda pemerkasaan MPPWEN akan diteruskan bagi memenuhi hasrat untuk memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada semua warga emas.
"Kerjasama yang lebih erat antara semua pihak yang terlibat adalah penting dan diperlukan bagi menggalas tanggungjawab dan komitmen untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan warga emas di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 14 2018

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata satu akta khusus untuk warga emas akan digubal dalam waktu terdekat bagi melindungi kebajikan dan hak asasi golongan itu. - gambar hiasan
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Agong perkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal KetigaParlimen ke-15 yang berlangsung pada 14Okt hingga 12Dis lepas.

MTVET: Keperluan suruhanjaya, akta khusus untuk pantau keberkesanan - Pakar
Majlis TVET Negara diharapkan dapat membawa kepada penubuhan Suruhanjaya TVET Negara dalam masa terdekat yang akan memantau segala aktiviti bidang tersebut dan menubuhkan akta-akta berkaitan.

Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.

Isu 3R: Kerajaan adakan perbincangan dengan pelbagai pihak Jumaat ini
Perbincangan itu bertujuan menangani pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau mengenai isu berkenaan.

Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Ini termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang
Sesiapapun mangsa, tidak kira wanita atau lelaki, mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).

Gubal segera akta berkaitan ketum
Negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand.

Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina
Kerajaan digesa mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election bagi menghalang mereka yang lompat parti, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.

SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta
Sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak mengisytiharkan harta.