KUALA LUMPUR : Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 sedang disusun semula untuk dilaksanakan dalam usaha memperkasa dan mengangkat Parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang tertinggi negara.
Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berkata, menerusi pemerkasaan akta tersebut, kadar bayaran denda yang lebih tinggi boleh dikenakan kepada mana-mana pihak yang tidak memberi kerjasama di bawah Parlimen.
Selain itu, jelas beliau akta tersebut membolehkan satu peraturan diwujudkan bagi memastikan kelakuan ahli Parlimen di Dewan Rakyat adalah lebih berhemah dan dihormati masyarakat.
"Sekarang ini tiada.... denda yang dikenakan bagi mereka yang gagal menunaikan tanggungjawab di bawah akta ini adalah terlampau sedikit, contohnya RM1,000.
"Kita mahu denda itu ditambah kepada tahap yang lebih tinggi.
"Selain itu, di bawah undang-undang Akta 1952, kita akan adakan kod atau etika kepada Ahli Parlimen. Setakat ini tiada... Ahli Parlimen boleh cakap apa, buat apa (termasuk) perkecilkan Speaker misalnya.
"Ini kerana mereka tak tahu tanggungjawab (menghormati akta). Apa yang mereka tahu apabila dipilih oleh rakyat dan jadi Yang Berhormat, cakap apa suka," katanya dalam sidang media di Parlimen, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Rais berkata Akta Perkhidmatan Parlimen 1963, turut akan dikembalikan semula bagi menterjemahkan konsep pengasingan kuasa.
Jelas beliau, sejak akta itu dimansuhkan pada 1992, sistem penjawatan bagi kakitangan dan pegawai Parlimen berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Mengikut Perlembagaan, ini sudah salah sebab pengasingan kuasa wujud dalam Perlembagaan. Kita mesti ada kuasa penentuan kakitangan dan perkhidmatan sendiri.
"Sekarang misalnya, ketua-ketua utama di sini (Parlimen) ditentukan JPA, dan JPA adalah di bawah badan eksekutif dan bermakna eksekutif menentukan fungsi penjawatan di Parlimen. Ini tentu sekali hal rumit," ujarnya.
Sehubungan itu, Rais berkata beliau dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun telah menyerahkan cadangan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pejabat Peguam Negara pada bulan lalu.
"Saya telah memohon kepada Wan Junaidi untuk mengemukakan kepada Kabinet secepat mungkin selepas Peguam Negara memberikan input, persetujuan atau ketidak persetujuan terhadap sesuatu perkara," ujarnya.
Dalam masa yang sama, beliau menambah tiga Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara yang mempunyai kuasa perundangan telah dimuktamadkan.
Ia masing-masing melibatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat Negara; Jawatankuasa Pilihan Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan Dewan Negara; serta Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Anti Rasuah Dewan Negara.
Hasimi Muhamad
Thu Oct 28 2021
Akta tersebut membolehkan satu peraturan diwujudkan bagi memastikan kelakuan ahli Parlimen di Dewan Rakyat adalah lebih berhemah - Gambar fail
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Bukti-bukti berkenaan dikumpulkan dengan kerjasama penyelidik dari UIAM sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.
Consider This: Education — Learning from Indonesia’s Experience
To mark International Day of Education on January 22nd, on this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with education consultant & reform advocate, Dzameer Dzulkifli. He is the former Programme Lead of Guru Tribe, under Indonesia’s GovTech Edu, where from 2020 to 2024, he supported Indonesia's Ministry of Education in transforming its education policies. Prior to that, in 2009, he co-founded Teach For Malaysia—leading it for a decade to build a network of over 500 education changemakers. And later, he served as CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman—championing tertiary education for low-income communities.
Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.
Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.
Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024
Institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas.
288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim
Seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.
10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.
56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Definisi, pengelasan T15 akan diputuskan dalam masa terdekat - Rafizi
Cadangan berkaitan definisi dan pengelasan kumpulan pendapatan T15 sedang diperhalusi dan akan diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Huraian 'jelik melampau' dalam pindaan Akta 588 tidak bersifat muktamad
Huraian itu adalah sebagai panduan kepada pegawai penyiasat, pihak pendakwaan dan mahkamah.