ALOR SETAR: Semua aktiviti khas bulan Ramadan di masjid dan surau di lima daerah di Kedah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk zon merah dibenarkan, berkuat kuasa hari ini.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) Mohd Yusri Md Daud berkata kebenaran itu susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam.
"Aktiviti khas bulan Ramadan di semua zon (dalam daerah dikenakan PKP) adalah dibenarkan dengan had waktu yang minimum. Masjid dan surau hendaklah ditutup setelah selesai solat Jumaat, fardu dan Tarawih.
"Solat Tarawih dihadkan masa sehingga 10.30 malam sahaja. Solat sunat Aidilfitri dibenarkan di semua zon mengikut kaedah ketetapan solat Jumaat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di semua zon juga dibenarkan dengan jumlah jemaah mengikut keluasan ruang solat masjid atau surau mengambil kira penjarakan fizikal minimum satu meter.
Program keagamaan dan majlis ilmu juga dibenarkan dan terhad kepada kuliah Maghrib dan majlis bacaan Yasin (pada hari Khamis malam Jumaat) dalam skala kecil, tidak melebihi 45 minit, serta khusus bagi anak kariah sahajak kata beliau.
"Mana-mana masjid atau surau yang melanggar dan tidak mematuhi arahan ini, boleh dikenakan tindakan dan kebenaran melaksanakan aktiviti keagamaan boleh ditarik balik serta-merta," katanya.
Sebelum ini, JHEAIK membuat ketetapan tidak membenarkan semua aktiviti khas bulan Ramadan di masjid dan surau dalam kawasan zon merah di lima daerah tersebut iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim yang dikenakan PKP bermula 1 hingga 14 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021

Solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di semua zon juga dibenarkan dengan jumlah jemaah mengikut keluasan ruang solat masjid atau surau. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen #BersamaDiRamadanRaya sempena musim perayaan
Inisiatif musim perayaan itu berlangsung selama lapan minggu dengan merubah platform tersebut menjadi hab yang meriah dengan reka bentuk baharu.

Ramadan: Penjawat awam wanita Negeri Sembilan dibenar pulang jam 2 petang setiap Jumaat
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan penjawat awam wanita yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat, Ramadan ini.

Tarawih 20 rakaat di masjid, surau Pahang
Pahang akan melaksanakan 20 rakaat solat sunat tarawih dengan tiga rakaat witir dua salam di seluruh masjid dan surau di negeri ini sepanjang Ramadan tahun ini.

Jadual solat tarawih, tahajjud bagi Ramadan kali ini diluluskan, tampil nama imam tersohor
Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais telah meluluskan jadual solat Tarawih dan Tahajud bagi kedua-dua masjid suci sepanjang bulan Ramadan 1446

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

FAMA jamin bekalan kelapa menjelang Ramadan mencukupi
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi menjelang Ramadan ini, susulan langkah intervensi yang telah diambil bagi mengatasi isu berkenaan.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.