ALOR SETAR: Semua aktiviti khas bulan Ramadan di masjid dan surau dalam kawasan zon merah di lima daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kedah tidak dibenarkan berkuat kuasa hari ini.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Mohd Yusri Md Daud berkata aktiviti tersebut termasuk majlis berbuka puasa, moreh, sahur, solat tarawih, program tadarus Al-Quran dan program Qiamullail.
"Program keagamaan dan majlis ilmu serta aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan seperti jamuan, kenduri, gotong royong dan sebagainya di masjid dan surau (yang berada di zon merah) juga tidak dibenarkan.
"Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di zon merah juga tidak dibenarkan dan hendaklah dilaksanakan di rumah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKP di lima daerah di negeri ini iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim bermula hari ini hingga 14 Mei depan.
Setakat ini, terdapat empat mukim yang dikategorikan sebagai zon merah di Kedah iaitu Mergong dan Derga dalam daerah Kota Setar, Sungai Petani (Kuala Muda) dan Relau (Bandar Baharu).
Mohd Yusri berkata bagi solat Jumaat di zon merah, hanya 50 jemaah dibenarkan tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan 20 jemaah bagi solat fardu berjemaah yang hanya dibenarkan kepada pegawai dan jawatankuasa masjid atau surau serta anak kariah.
"Solat jenazah bagi zon merah dibenarkan dan tidak melebihi 20 orang dengan penjarakan fizikal, terdiri daripada pegawai atau jawatankuasa masjid dan ahli keluarga si mati sahaja," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata program khas bulan Ramadan boleh dilaksanakan di kawasan yang dikategorikan sebagai zon hijau, kuning dan jingga di daerah yang dikenakan PKP dengan had waktu minimum.
"Masjid dan surau hendaklah ditutup setelah selesai solat Jumaat, fardu dan tarawih. Solat tarawihdihadkan masa sehingga 10.30 malam sahaja. Program berbuka puasa, moreh, sahur pula boleh dilaksanakan dengan kaedah edaran makanan yang telah siap dibungkus dan jamuan di dalam kawasan premis masjid dan surau tidak dibenarkan," katanya.
Solat sunat Aidilfitri dibenarkan diadakan di zon hijau, kuning dan jingga mengikut kaedah ketetapan solat Jumaat.
Mohd Yusri menjelaskan mana-mana masjid dan surau yang didapati telah dihadiri oleh jemaah yang positif COVID-19, hendaklah ditutup sepenuhnya dan dilakukan proses sanitasi dan disinfeksi secara keseluruhan, serta dibuka semula tujuh hari selepas proses tersebut dilakukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 01 2021
Menurut kenyataan itu, solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di zon merah juga tidak dibenarkan dan hendaklah dilaksanakan di rumah. - Gambar hiasan/BERNAMA
Operasi memburu penyerang Saif Ali Khan masuk hari ketiga
Rakaman CCTV memaparkan kelibat suspek , sedang membeli sebuah telefon bimbit sekitar jam 9 pagi, kira-kira enam jam selepas kejadian.
Malaysia sasar daftar 5,000 syarikat permula tahun ini - Chang
Malaysia menyasarkan untuk mendaftar 5,000 syarikat permula baharu menjelang pada tahun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.
Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.
4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.
Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.
Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.
Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.
MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.
Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.
"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).