KUALA LUMPUR: Aktiviti plogging iaitu beriadah sambil mengutip sampah yang lazimnya dilaksanakan di Sweden, dilihat mampu memberikan impak positif terhadap kelestarian alam sekitar di negara ini jika ia dilaksanakan secara meluas.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata aktiviti itu juga, mampu memupuk semangat kekitaan dan penghayatan terhadap aspek penjagaan alam sekitar dalam kalangan masyarakat.
"Kita tahu sekarang bahawa ada permintaan tinggi untuk aktiviti fizikal dan riadah. Sekarang kita lihat di sekitar taman-taman, hutan-hutan bandar ataupun urban forest dan sebagainya, memang banyak aktiviti riadah dijalankan.
"Malah, kita juga tahu ada beberapa tempat yang kita masih lagi berdepan dengan masalah sampah dan kebersihan. Jadi, kalau kita gabungkan kedua-dua aktiviti itu (beriadah sambil kutip sampah) bagi saya ia akan memberi impak lebih positif kepada alam sekitar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program plogging sempena Hari Bumi 2024, bertemakan 'Planet vs Plastic' anjuran Kedutaan Sweden di Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), di Kebun Bandar Sungai Bunus di sini hari ini.
Turut hadir Duta Besar Sweden ke Malaysia Dr Joachim Bergstrom dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Bernama Nasriah Darus.
Selain itu, Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata pihaknya juga sentiasa mencari ruang dan platform, bagi melaksanakan jalinan kerjasama dalam menggerakkan program-program kelestarian alam sekitar.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan merupakan antara rakan kongsi yang banyak dilibatkan dalam program alam sekitar, bagi memastikan elemen kelestarian alam boleh diterapkan dalam kalangan pelajar menerusi pelaksanaan aktiviti di sekolah.
"Kita pun tahu kesedaran dalam kalangan anak muda sangat tinggi dalam isu alam sekitar, jadi kalau boleh kita mahu kembangkan dan terapkan lagi. Kita mahu kesedaran itu ada di seluruh negara, bukan di tempat-tempat tertentu sahaja," katanya.
Terdahulu, Nik Nazmi menyertai aktiviti plogging bersama-sama pelajar-pelajar sekolah, warga kerja Bernama, pegawai-pegawai kedutaan dan kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024

Nik Nazmi bercakap ketika sidang media selepas merasmikan program Plogging sempena Hari Bumi 2024 bertemakan ‘Planet vs Plastik’ di Kebun Bandar Sungai Bunus hari ini. - Foto Bernama
Pempengaruh antarabangsa kongsi kegembiraan bersama penduduk Pulau Bum-Bum
Beberapa pempengaruh antarabangsa berkunjung ke Pulau Bum-Bum bagi merasai pengalaman berpuasa selain berkongsi kegembiraan bersama penduduk menerusi inisiatif Changemakers 2025 MyFoundation.
Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
Pengarah Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata penggantungan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya dalam parti itu yang diumumkan sebelum ini adalah sah dan rasmi.
Program Ketuk Sahur tingkat perpaduan antara kaum
Sebanyak 250 buah rumah akan dikunjungi dalam Program Ketuk Sahur anjuran Pusat Khidmat DUN Nangka termasuk rumah penduduk bukan Islam.
Jentera UMNO guna pendekatan lebih sistematik hadapi PRN-17
Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed optimis tahap kesiapsiagaan umno sabah juga kini sudah di tahap yang memuaskan dan bersedia untuk bertarung dengan mana-mana parti pada
APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya rampas lebih tujuh tan barang kawalan bersubsidi tanpa permit di percayai cuba di seludup ke negara jiran dalam dua operasi berasingan di perairan daerah ini, Selasa lepas.
Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025
Mesyuarat tahunan ini menjadi platform rundingan antara kerajaan Persekutuan dan negeri mengenai hal ehwal kewangan.

Tiada 'double standard' siasat kes 3R - Saifuddin
Polis tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan siasatan terhadap kes melibatkan isu agama, raja dan kaum (3R).

Treler alami masalah brek, dua pemandu berdepan detik cemas
Ketika kejadian, treler terbabit membawa muatan simen dari Batu Gajah ke Genting Highlands.

Ribut musim sejuk di AS ragut 3 nyawa, gangguan bekalan elektrik, puting beliung
Ribut musim sejuk yang kuat melanda Amerika Syarikat (AS) telah mengakibatkan kematian tiga orang di negeri selatan Mississippi dan menyebabkan puluhan ribu orang terputus bekalan elektrik.

Pindaan Akta 711 beri lebih perlindungan kepada pelapor salah laku – KRPPM
Pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) bakal memperkasa pemberi maklumat untuk melaporkan salah laku kepada agensi penguatkuasaan.

Aktiviti plogging beri impak positif terhadap kelestarian alam sekitar - Nik Nazmi
Aktiviti plogging iaitu beriadah sambil mengutip sampah, dilihat mampu memberi impak positif terhadap kelestarian alam sekitar di negara ini.