KUALA LUMPUR: Penggal pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 bukan sahaja akan dikenang dalam ingatan manis seluruh rakyat jelata malah juga oleh komuniti perniagaan di negara ini.
Sepanjang tempoh lima tahun pemerintahan, Al-Sultan Abdullah mengadakan beberapa siri lawatan negara yang secara langsung mengisyaratkan keteguhan dan kestabilan politik negara, sekali gus memberikan Malaysia rangsangan positif untuk memperkukuh perdagangan dua hala serta hubungan ekonomi dengan negara lain.
Semasa lawatan rasmi ke pelbagai negara itu, Seri Paduka memberikan penekanan utama terhadap kekuatan ekonomi Malaysia dan mempromosikan pelbagai peluang yang ada di negara ini kepada ketua-ketua negara luar.
Usaha Al-Sultan Abdullah itu memberi rangsangan yang amat diperlukan ekonomi negara selepas pandemik COVID-19, selain membantu kerajaan menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) dan membuka peluang yang lebih besar kepada perniagaan tempatan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana, untuk melebarkan sayap ke luar negara.
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid percaya hubungan baik Al-Sultan Abdullah dengan ramai pemimpin dunia merupakan satu kelebihan utama.
"Hubungan erat mereka jelas sekali membantu membuka pintu kepada perbincangan yang lebih aktif dengan menteri dan jentera kerajaan kita, yang membawa kepada aliran masuk FDI positif ke Malaysia.
"Tambahan pula, Malaysia kaya dengan budaya dan kepelbagaian kaum yang menjadikan negara ini destinasi menarik bagi pelabur asing dan raja-raja kita, termasuk Al-Sultan Abdullah, sudah pastinya memainkan peranan dan pemangkin yang penting (menarik pelaburan)," katanya kepada Bernama.
Al-Sultan Abdullah akan menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan ini dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Jan, 2024.
Lawatan sulung Al-Sultan Abdullah ke Brunei Darussalam selepas ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai, 2019, menjadi satu cerminan keutuhan dan keunikan hubungan Kesultanan Melayu.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin merumuskan lawatan negara itu sebagai satu titik permulaan paling unik keakraban hubungan dua raja Melayu di nusantara.
Semasa lawatan tersebut, beliau berkata kedua-dua ketua negara itu menzahirkan keyakinan semangat persaudaraan dan persahabatan erat antara Brunei Darussalam dan Malaysia akan kekal berterusan.
Pensyarah Kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata sepanjang tempoh perkhidmatan Seri Paduka, Al-Sultan Abdullah telah melakukan lawatan rasmi ke beberapa negara yang pernah atau akan membuat pelaburan atau menjalin usaha sama di sini, termasuk Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Beliau juga menyifatkan kunjungan terbabit sebagai usaha perhubungan awam antarabangsa yang amat baik, memupuk persekitaran kerjasama ekonomi yang produktif.
"Bagi saya, Yang di-Pertuan Agong akan dikenang kerana penubuhan Kerajaan Perpaduan yang bertitik tolak daripada hasrat Seri Paduka selepas (keputusan) Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)," katanya.
Ini berikutan tiada parti yang memperoleh kemenangan majoriti mudah dalam PRU15 yang berlangsung pada 2022.
Sofian berkata Al-Sultan Abdullah akan turut dikenang kerana acara julung kali lawatan penjelajahan Kembara Kenali Borneo ke Sabah dan Sarawak yang menyaksikan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mendekati dan berinteraksi dengan warga tempatan iaitu yang pertama dilakukan oleh Ketua Utama Negara.
"Selain itu, Al-Sultan Abdullah juga amat prihatin dari segi memberi sokongan serta menggalakkan kalangan atlet bertanding di peringkat dalam serta luar negara. Seri Paduka telah mencemar duli menghadiri banyak acara di peringkat kebangsaan yang menyaksikan penyertaan pelbagai kaum sebagai satu bangsa," katanya.
Ketika melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi pada Jun tahun lepas, Al-Sultan Abdullah telah menzahirkan harapan agar Malaysia-Arab Saudi terus memperkukuh hubungan dua negara serta perpaduan ummah.
Seri Paduka menzahirkan perkara itu pada Majlis Jamuan Teh Petang yang dianjurkan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud.
"Dalam majlis yang berlangsung selama sejam, Seri Paduka Baginda telah berkenan bertukar-tukar pandangan bersama Yang Amat Mulia Putera Mohammed dalam pelbagai perkara, termasuk hubungan dua hala yang terjalin erat dan secara istimewa antara Malaysia dan Arab Saudi," demikian menurut hantaran di laman Facebook Istana Negara.
Pada 2021, nilai eksport Malaysia ke Arab Saudi berjumlah AS$1.38 bilion sementara eksport Arab Saudi ke Malaysia pula berjumlah AS$2.73 bilion
Sementara itu, Pengarah Program MBA dan Profesor Madya di Putra Business School, Dr Ahmed Razman berkata peranan Al-Sultan Abdullah dalam memacu pelaburan langsung asing (FDI) terutama dari rantau Timur Tengah, adalah penting dan tidak boleh disangkal.
Ini susulan daripada perhubungan akrab yang telah lama terjalin antara kalangan pemerintah diraja Malaysia serta Arab selain berkongsi kepercayaan dan agama yang sama.
"Keadaan itu hanya memupuk hubungan akrab bagi kedua-dua pihak selain meletakkan Malaysia dalam kalangan negara yang diberi keutamaan serta menjadi pilihan untuk mendapat FDI dari negara-negara Timur Tengah itu," katanya.
Malah, pada bulan lepas, Al-Sultan Abdullah turut berangkat mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersempena Persidangan Ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertumbuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (COP28), termasuk menyaksikan majlis pertukaran dokumen mengenai pelaburan tenaga boleh baharu di Malaysia selain melancarkan Pavilion Malaysia.
UAE kekal sebagai rakan dagang dan pelabur asing terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Asia Barat. Bagi empoh Januari hingga April 2023, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara meningkat sebanyak 5.7 peratus daripada RM11.25 bilion (AS$2.67 bilion) kepada RM11.89 bilion (AS$2.70 billion).
Pada 2020, Seri Paduka menyifatkan pertumbuhan luar biasa dalam perdagangan dua hala dan pelancongan antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan menunjukkan wujudnya potensi ekonomi yang luas.
Dalam usaha menggalakkan peluang pelaburan di Malaysia, Seri Paduka juga aktif dalam mempelawa perniagaan serta kerajaan antarabangsa, menerusi kalangan pemimpin dan pegawai masing-masing untuk melabur dan bekerjasama dengan perniagaan di sini.
Sebagai contoh, pada Majlis Santapan Negara meraikan Putera Monaco Putera Albert II dan delegasinya di Istana Negara pada November lepas, Al-Sultan Abdullah bertitah mengenai banyak peluang kerjasama yang boleh diteroka oleh kedua-dua negara.
Seri Paduka Baginda bertitah mengenai jalinan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sejak 2009 yang telah terbukti membuka banyak peluang serta potensi untuk diteroka.
"Daripada usaha saintifik sehingga berkaitan marin, terdapat banyak peluang kerjasama dan pertumbuhan yang kita ingin teroka bersama. Perdagangan dan pelaburan turut menjadi satu lagi aspek berpotensi dan penting dalam hubungan dua hala kita," titah Seri Paduka Baginda.
Pada Oktober 2022, Al-Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan majlis perasmian projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia iaitu Stesen Janakuasa Battersea di Central London.
Pembangunan Battersea Power Station dimiliki oleh konsortium pelabur Malaysia yang terdiri daripada SP Setia (40 peratus), Sime Darby Property (40 peratus) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (20 peratus), dengan aset komersial dalam bangunan stesen janakuasa itu kini dimiliki secara langsung oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan KWSP.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berangkat pada Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) pada 1 Dis 2023.
- Gambar fai

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

PM Anwar ucap tahniah kepada penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat hari wilayah
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong kurnia bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.