KUALA LUMPUR: Alam Flora berhasrat memperluas dan mewujudkan pusat sehenti kitar semula dan pengkomposan berskala besar di ibu kota, dalam usaha mengurangkan jumlah sisa pepejal di tapak pelupusan sampah sekali gus meningkatkan kadar kitar semula.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Zain Hassan berkata pusat tersebut bakal menjadi sistem sokongan kepada operasi Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin, Kepong yang bertindak sebagai pusat pengumpulan dan pemindahan sisa pepejal.
"Di stesen pemindahan ini, sisa domestik menjalani proses pemampatan menggunakan mesin pemadat dengan sistem pemadatan mendatar.
"Sisa pepejal ini kita mahu 'screen' (saring) dan kenal pasti sisa kering seperti plastik yang boleh dikitar semula kita akan hantar ke pusat kitar semula itu. Sisa makanan dan sisa kebun pula dikompos dan dilupuskan dengan lebih baik dan menjadi produk kedua," katanya ketika ditemui di stesen pemindahan itu.
Mohd Zain berkata setakat ini, pusat seumpama itu telah dilaksanakan di Fasiliti Inovasi Kitar Semula Putrajaya yang dikendalikan Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd (AFES) selain 13 'buy back centre' di sekitar ibu negara.
Beliau berkata pihaknya juga telah berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan lokasi bersesuaian bagi mewujudkan pusat itu yang melindungi alam sekitar selain diharap dapat mengurangkan kos pengurusan dan penyelenggaraan sampah iaitu perkhidmatan termahal pihak berkuasa tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 27 2021

Mohs Zain berkata pusat tersebut bakal menjadi sistem sokongan kepada operasi Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin, Kepong yang bertindak sebagai pusat pengumpulan dan pemindahan sisa pepejal. - Foto Alam Flora

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Nenek tujuh cucu terima pengiktirafan sempena Hari Pekerja Pembersihan
Bekerja di bawah panas dan hujan sama sekali tidak mematahkan semangat buat Nor Pisah Abdul Rahman untuk mencari rezeki sebagai tukang sapu.

Lima bazar Ramadan di Putrajaya hasil 6-7 tan sisa domestik sehari
Hafizudin mengakui terdapat peningkatan sisa domestik jika dibandingkan dengan tahun lepas, susulan pertambahan jumlah peniaga tahun ini.

Alam Flora jangka kumpul 10 tan sampah pada sambutan Hari Kebangsaan
Sebanyak 125 pekerja bersedia menjalankan tugas pembersihan seawal 5 pagi untuk memastikan kawasan sekitar kekal bersih.

Pengurusan sisa: Terengganu kerjasama dengan Alam Flora
Daerah Kuala Terengganu dipilih untuk penilaian lanjut sebelum membentuk kerjasama dengan Alam Flora.

40,000 sisa domestik pada Ramadan tahun ini, tertinggi sejak 2019 - Alam Flora
Sebanyak 40,000 tan metrik sisa domestik dikutip di bandar raya ini setakat hari ke-20 Ramadan tahun ini, meningkat berbanding 32,000 tan metrik tahun lepas.

Alam Flora rancang wujud pusat sehenti kitar semula berskala besar
Alam Flora berhasrat memperluas dan mewujudkan pusat sehenti kitar semula dan pengkomposan berskala besar di ibu kota, dalam usaha mengurangkan jumlah sisa pepejal di tapak pelupusan sampah.

Kutipan sisa pepejal meningkat kepada 33,000 tan ketika Ramadan - Alam Flora
Kutipan sisa pepejal di ibu kota meningkat kepada hampir 33,000 tan semasa Ramadan tahun ini berbanding 27,000 tan dalam tempoh sama tahun lepas.

Bau busuk cemar lorong belakang kedai Prima Setapak
Situasi itu sekali gus mengakibatkan longkang tersumbat dan keadaan permukaan jalan yang lembap dengan bau kurang menyenangkan.

Mabuk: Peraih ikan memandu lawan arus dituduh membunuh
Tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh hari ini kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Isteri harap suspek mabuk terlibat kemalangan maut terima hukuman setimpal
Isteri kepada mangsa yang maut akibat dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol di sini malam tadi, berharap suspek kejadian itu menerima hukuman sewajarnya.