KUALA LUMPUR: "Alhamdullilah, saya masih hidup, malangnya masih belum selamat...Saya masih bernyawa."
"Saya menaip mesej kepada anda tatkala bunyi dentuman bom menyakitkan telinga dan menggegarkan rumah saya. Ia amat menakutkan," tulis Afaf Najjar, 18, menerusi Whatsapp kepada Bernama, semalam.
Afaf seorang aktivis Palestin merangkap sukarelawan media sosial Al-Baraem Society berkata pencerobohan haram dan kekejaman terhadap rakyat dan negaranya bukanlah benda baharu buat dirinya dan keluarganya.
Ketika ini, dia dan keluarganya tinggal di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza dan sedar selepas ini keadaan akan menjadi lebih buruk.
"Pengeboman, serangan udara semuanya ... bertujuan untuk menghapuskan rakyat Palestin. Mereka bertindak sesuka hati kerana tidak mahu rakyat Palestin jalani kehidupan normal," katanya yang sentiasa bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan dan tetap melindungi ahli keluarganya walau dalam apa jua keadaan.
Menurut Afaf aktiviti kemasyarakatan yang dilakukannya turut terjejas.
"Sebagai aktivis, saya merasa bertanggungjawab untuk menyalurkan berita dan maklumat mengenai keadaan sebenar yang berlaku
"Pekerjaan saya bergantung penuh kepada sambungan Internet, kini di Gaza menghadapi kekurangan elektrik dan banyak kemudahan telekomunikasi rosak. Sekarang, kami hanya diberikan bekalan elektrik selama tiga jam setiap hari dan ada masanya kurang," katanya.
Namun segala cabaran itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus berbakti.
Beliau berharap masyarakat antarabangsa dapat membantu dengan berkongsi mengenai keadaan di negaranya melalui pelbagai platform media sosial dan sangat penting untuk menggunakan terminologi dan tanda pagar (#) yang betul.
"Israel berusaha sedaya upaya mendiamkan rakyat Palestin. Orang ramai mesti terus menyebarluaskan maklumat dengan menggunakan istilah yang betul dalam memberikan gambaran sebenar situasi di Semenanjung Gaza.
"Sebagai contoh, kami tidak menyebut konflik sebaliknya perjuangan Palestin. Kami tidak katakan perang tetapi pencerobohan haram. Bukan pengusiran tetapi pengusiran secara paksa dan pembersihan etnik. Penting gunakan istilah yang tepat agar kita dapat membuat Israel bertanggungjawab atas apa yang dilakukan kepada rakyat Palestin," katanya.
Ujar Afaf mereka yang mempunyai kemahiran menguasai lebih satu bahasa boleh membantu menterjemahkan berita dan status yang dimuat naik di media sosial ke dalam pelbagai bahasa untuk menjangkau lebih ramai orang di serata dunia
"Bagi mereka yang berbakat seperti melukis dan menyanyi boleh memanfaatkan bakat mereka untuk membantu meningkatkan kesedaran dan memberi lebih banyak tekanan kepada pemerintah dan pihak berkaitan agar pencerobohan haram dan serangan Israel dihentikan.
"Sekarang keadaan lebih sukar lagi apabila ada usaha untuk menyekat dan menapis semua kandungan mengenai Palestin di platform media social. Justeru, melalui status dan netizen di seluruh dunia, pada dasarnya dapat memberitahu mereka bahawa kita tidak bertolak ansur dengan pencerobohan haram mereka," katanya.
Kemusnahan dan kehancuran yang berlaku di Semenanjung Gaza hari ini, memaksa Afaf untuk meminta agar sumbangan terus dihulurkan kepada rakyat Palestin.
"Orang ramai perlu memastikan sumbangan disalurkan melalui pertubuhan yang sah untuk memastikan bantuan itu benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan," katanya.
Sejak 10 Mei, serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sudah meragut 227 nyawa termasuk 64 kanak-kanak, dan mencederakan 1,620 yang lain manakala ribuan penduduk hilang tempat tinggal, kata pihak berkuasa Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021
Kemusnahan dan kehancuran yang berlaku di Semenanjung Gaza hari ini, memaksa Afaf untuk meminta agar sumbangan terus dihulurkan kepada rakyat Palestin. - REUTERS
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait.
Saifuddin Nasution dilantik pengerusi PH Kedah
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi PH Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu, menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Karim Khan sasaran pertama sekatan ICC
Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan merupakan individu pertama dikenakan sekatan ekonomi dan perjalanan yang diluluskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
'Alhamdulillah, saya masih hidup, malangnya belum selamat' - Aktivis Palestin
Menurut Afaf, aktiviti kemasyarakatan yang dilakukannya turut terjejas, nmun segala cabaran itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus berbakti.