SEPANG: Kesyukuran tidak henti-henti dipanjatkan Alif Satar ketika ditanya perasaannya diberi kesempatan untuk menunaikan fardu haji tahun ini.
Kelopak matanya pula bergenang menginsafi kebesaran Allah mengundang bukan hanya dia, bahkan, isterinya Sha Dila Halid yang menemaninya ke Tanah Suci.
Sekitar pukul 7.20 malam ini, Alif dan Sha Dila akan berlepas ke Makkah bagi menyempurnakan tuntutan Rukun Islam kelima.
Kepada Astro AWANI, Alif, 33, bercerita betapa undangan ke rumah Allah itu bagaikan rahmat yang terlalu agung buatnya.
“Sebelum ini, setiap hari dan setiap masa sejak tahun 2017 Alif memanjat doa kepada Allah agar mengundang Alif dan isteri untuk menunaikan haji. Setiap tahun, Alif sentiasa mengharapkan undangan itu diberikan.
“Alhamdulillah, doa Alif telah diangkat oleh Allah. Sukar digambarkan perasaan gembira yang bukan kepalang. Terima kasih Allah, terima kasih yang tidak terhingga kerana doa Alif dimakbulkan,” kata artis versatil ini ketika ditemui Astro AWANI di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.
Dalam leka memikirkan kegembiraan diundang sebagai tetamu Allah untuk mengerjakan haji, Alif turut membayangkan juga bagaimana kelak apabila umat Islam syurga kelak.
Namun begitu, Alif sangat-sangat yakin ketika ini adalah masa yang terbaik untuk dia dan isteri meluangkan masa dan kesempatan menzahirkan kesyukuran dengan melalui perjalanan spiritual di Makkah dan Madinah.
“Perjalanan spiritual ini adalah satu jihad yang terbesar dalam hidup Alif dan juga rakan-rakan jemaah haji lain kerana perlu meninggalkan anak-anak dan keluarga di tanah air.
“Tetapi, dari satu perspektif lain, Alif melihat pemergian ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji adalah pengorbanan yang kecil berbanding apa yang telah Nabi Ibrahim dan anakanda bagind, Nabi Ismail lalui di zaman itu,” kata Alif lagi.
Justeru, kesempatan di Makkah kelak, Alif berikrar, untuk melakukan yang terbaik dan memberi fokus pada ibadah yang dituntut.
Pada kesempatan di Tanah Suci juga, Alif tentu sekali akan berdoa kepada Allah agar sekembalinya ke tanah air kelak, dia akan dianugerahkan haji mabrur.
“Semoga ada perubahan yang lebih baik buat Alif dan isteri apabila kami kembali kelak walapun dalam hati ada sedikit rasa takut, namun, Alif akan manfaatkan peluang ini untuk buat yang terbaik dan berusaha untuk mendapatkan haji mabrur… Insya-Allah,” ujarnya lagi.
Ketika di KLIA tadi juga, Alif berkongsi kegembiraan berganda kerana turut bersama-samanya menyerti rombongan perjalanan haji ini ialah Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.
“Nikmat dan rezeki yang Allah berikan amat luar biasa buat Alif,” kata dalam nada sebak.
Turut berada di KLIA menghantar Alif dan isteri ke Makkah ialah bapa dan artis itu, Mohd Satar Ramli dan Norhafiza Mohamad.
Saharudin Musthafa
Wed Jun 21 2023
Alif Satar dan isterinya, Sha Dila Halid antara jemaah yang diundang untuk mengerjakan ibadah haji di Makkah. - Gambar Astro AWANI
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.
Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.
Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Dituduh buat konsert di gereja, ini jawapan Alif Satar...
Lokasi tersebut dahulunya sebuah gereja Angelican lama sebab itu tiada apa-apa lambang, tetapi sekarang ia sudah berubah menjadi dewan komuniti.
Sibuk bekerja, Alif Satar serah tugas persediaan raya kepada isteri
Selebriti versatil, Alif Satar menyerahkan segala urusan persiapan raya pada tahun ini kepada isterinya, Sha Dila Hadid.
PDRM sahut kempen 'Geng Subuh Macam Jumaat'
PDRM menjadi agensi kerajaan pertama sahut kempen #GengSubuhMacamJmumaat yang digerakkan selebriti Alif Satar.
Program imarah masjid, semarak subuh akan diperkasa - Zulkifli
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memperkasakan lagi program pengimarahan masjid dan mengadakan program semarak subuh pada tahun ini.
Alif Satar stabil selepas kemalangan, sempat ajak solat Subuh berjemaah
Selebriti tersebut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya, menerusi satu hantaran di Instagram.
Terkesan teguran ustaz, Alif Satar perbetul diri
Alif bersyukur dan teruja kempen Geng Subuh Macam Jumaat mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam.
Alif Satar, isteri berlepas ke Makkah tunai haji
"Terima kasih Allah, terima kasih yang tidak terhingga kerana doa Alif dimakbulkan."
Rezeki Alif Satar jumpa Mufti Menk di Tanah Suci
Siapa sangka pendakwah terkenal dunia solat bersebelahan dengan artis terkenal itu.
Lakon babak mesra dengan pelakon wanita, isteri percaya Alif Satar tidak melampaui batas
Shadila Halid sangat memahami dan mempercayai suaminya.
Ducati Malaysia lancar model baharu, umum pengembangan rangkaian
Ia turut memperkenalkan kemudahan Ducati Corse Credit serba baharu untuk pembelian motosikal Ducati baharu.