GUA MUSANG: Aliran trafik pintu masuk ke Kelantan mula sesak dengan kenderaan bertali arus berikutan kepulangan perantau ke kampung halaman sempena Aidilfitri.
Tinjauan setakat 12 tengah hari di laluan Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Kuala Lipis mendapati bilangan kenderaan menghala ke kedua-dua laluan berkenaan semakin bertambah, namun trafik bergerak lancar.
Pekerja syarikat swasta Muhd Firdaus Mamat, 26, berkata perjalanannya dengan menunggang motosikal dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur ke Pasir Puteh agak lancar meskipun berdepan beberapa lokasi kemalangan di Bentong, Pahang.
"Saya bertolak dari 6 pagi, ada beberapa tempat yang sesak seperti Plaza Tol Gombak ke Lebuhraya Karak dan paling teruk di Bentong kerana ada beberapa kejadian kemalangan.
"Turut sesak laluan keluar dari Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Merapoh, Pahang hingga ke Kampung Mentara, Gua Musang kerana kenderaan perlu menukar dari dua lorong menjadi satu," katanya kepada pemberita di Masjid Buluh di sini hari ini.
Pemandu e-panggilan Mohd Arifuddin Mohamad Zaidi, 25, berkata perjalanannya bersama keluarga untuk pulang beraya telah dirancang seminggu lebih awal bagi mengelak kesesakan jalan raya.
"Hari ini kami mengikut perancangan untuk pulang ke Kota Bharu dengan bertolak pada 4.30 pagi dari Kuala Lumpur dan sampai di Gua Musang pada 10.30 pagi. Saya dapati kesesakan melibatkan kawasan yang berbukit dan akibat jalan 'bottleneck'.
"Saya ingin menasihati pengguna jalan raya supaya menggunakan aplikasi Google Maps untuk melalui jalan yang tidak sesak dan menjimatkan masa kira-kira sejam berbanding jalan biasa," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo mengesahkan berlaku pertambahan bilangan kenderaan dari semalam dan situasi itu dijangka berlarutan hingga menjelang malam raya.
Beliau berkata antara laluan yang terlibat ialah jalan Gua Musang-Kuala Lipis, Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Jeli.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024

Kenderaan perantau bertali arus memasuki bandar Gua Musang ketika tinjauan pada Sabtu. -Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.