KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang terkawal pagi ini susulan warga kota pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 10 pagi, kenderaan dilaporkan kian meningkat di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) namun perjalanan trafik masih lancar.
Jurucakap itu berkata, beberapa laluan smartlane sudah diaktifkan bagi memudahkan perjalanan pulang perantau ke kampung halaman.
"Laluan terbabit antaranya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), KM0.4 hingga KM6.0 arah Utara dari Pandan ke Kempas, KM4.5 hingga KM1.9 arah Selatan dari Setia Tropika ke Pasir Gudang dan KM280 hingga KM276 arah Selatan dari Bandar Baru Nilai ke Bandar Ainsdale.
"Selain itu, terdapat juga dua kemalangan di KM438.6 arah Selatan dari Sungai Buaya ke Rawang dan KM407.6 arah Selatan dari Lembah Beringin ke Bukit Tagar, namun tiada lorong terhalang dan tidak menyebabkan sebarang kesesakan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024

Aliran trafik di lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang terkawal pagi ini susulan warga kota pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok. - Gambar Bernama

Pentadbiran Trump saran kakitangan kerajaan abai arahan Elon Musk
Kakitangan kerajaan boleh sahaja mengabaikan e-mel Elon Musk yang mengarahkan mereka memberi justifikasi terhadap pekerjaan masing-masing.

HLTF-EI capai kemajuan penting dalam beberapa bidang utama - KSU MITI
Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) meraih pencapaian penting dalam beberapa bidang utama khususnya dalam memajukan aspek keutamaan serantau.
AWANI Pagi : ASEAN Kita: Bringing ASEAN Closer to its People
We connect, we collaborate, we grow.
From cultural exchanges to regional cooperation, ASEAN continues to strengthen its people-to-people ties. Our guest for this ASEAN Kita's episode will unravel how these connections shape our shared future, only on Astro AWANI.
From cultural exchanges to regional cooperation, ASEAN continues to strengthen its people-to-people ties. Our guest for this ASEAN Kita's episode will unravel how these connections shape our shared future, only on Astro AWANI.

Program Santuni MADANI: PHB pilih Kampung Palu-Palu sebagai kampung angkat
Program terbabit menyantuni penduduk kampung dengan menumpukan kepada apsek pembangunan pendidikan dan sosioekonomi
Kandungan palsu: individu gagal hadir ke mahkamah ditangkap
MCMC menahan individu muat naik kandungan palsu gagal hadir ke mahkamah

Menteri New Zealand lepaskan jawatan selepas insiden letak tangan di lengan kakitangan
Andrew Bayly kesal dengan tingkah lakunya yang dianggap beliau sebagai "agak berlebihan."

Manchester United akan hentikan 150 hingga 200 lagi pekerja
Manchester United telah mengalami kerugian selama lima tahun berturut-turut dan perkara itu tidak boleh berterusan, kata CEO, Omar Berrada.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas. #AWANInews
Dewan Rakyat: isu RUU pembaharuan semula bandar, banjir antara tumpuan hari ini
Isu berkait cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar dan langkah proaktif bagi menangani banjir pada musim monsun dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Amerika tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Keputusan AS tolak resolusi yang disokong Ukraine itu meletakkan Washington dalam kedudukan bertentangan dengan sekutu tradisionalnya di Eropah.

Aliran trafik perlahan, terkawal di lebuh raya utama
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.

Aliran trafik lancar di lebuh raya utama walaupun jumlah kenderaan meningkat
Trafik di semua lebuh raya bertol melibatkan Lebuhraya Utara Selatan, PLUS E1 dan E2 di Utara, Tengah dan Selatan bergerak lancar dan terkawal.

Trafik Tahun Baharu Cina dijangka cecah 2.6 juta sehari
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Jan, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Feb.

Sesak lebih lima kilometer dari Ipoh ke Terowong Menora akibat kemalangan
Menurut PLUS, aliran trafik terhenti sepanjang 6.5 km akibat kerja-kerja pengalihan yang dijalankan setakat 7.20 malam.

Polis Terengganu rampas syabu RM6 juta dalam Toyota Vellfire
Polis merampas 200 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai hampir RM6 juta yang dijumpai dalam kenderaan Toyota Vellfire di tepi jalan di Kampung Guntong Luar di sini Sabtu lepas.

Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.

Deepavali: Aliran trafik terkawal, kenderaan bertambah di lebuh raya utama pagi ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan terkawal walaupun jumlah kenderaan bertambah setakat 9 pagi ini, menjelang sambutan Deepavali esok.

Hari Kebangsaan: Pengunjung diminta patuh peraturan, jaga disiplin
Orang ramai yang hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya Sabtu ini diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan menjaga tingkah laku sepanjang majlis berlangsung.

Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik
Dua lorong sedia ada di kedua-dua laluan lebuh raya tersebut masih dibuka walaupun projek naik taraf sedang dijalankan.

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.