KUALA LUMPUR: Tegas dalam kelembutan. Hukum syarak diutamakan, namun tidak pula mengabaikan hubungan antara manusia.
Itu rumusan penghibur legenda negara, Datuk Jamal Abdillah terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menghembuskan nafas terakhir, hari ini.
Antara insan bertuah yang berpeluang mengenali Allahyarham sejak kecil, Jamal mengakui, begitu mengasihi dan menghormati Allahyarham yang merupakan sahabat baik arwah bapanya.
"Selalu juga saya bertemu Allahyarham, sejak kecil apabila menghadiri majlis-majlis seperti majlis sambutan hari raya.
"Pernah Allahyarham menasihati saya atas permintaan arwah ayah. Allahyarham berpesan, kasihilah ayah dan jangan malukan keluarga.
"Allahyarham juga selalu memberi nasihat berkaitan agama. Katanya, apa pun terjadi, jangan putuskan hubungan dengan Allah. Selagi kita jaga yang lima waktu itu, Allah juga akan jaga kita," katanya ketika muncul dalam program Buletin AWANI hari ini.
Seniman yang masyhur dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu berkata, keperibadian Allahyarham yang dianggap seperti bapanya sendiri itu melambangkan seorang insan berpekerti mulia dan tinggi pengetahuan agama.
"Jujur memang saya segan dengan Allahyarham, walaupun saya selalu juga berjumpa dengannya apabila pulang ke Ipoh.
"Apa sahaja yang ingin disampaikan, Allahyarham akan buat dengan cara yang sangat lemah lembut, nada suaranya jelas dan tersusun. Itu yang membuat saya jadi kasih dan hormat padanya," tambah Jamal lagi.
Paling diingati Jamal, ialah teguran Allahyarham semasa beliau menyampaikan sumbangan beras kepada golongan asnaf di Perak, satu masa dahulu.
"Dalam fikiran saya, sumbangan itu adalah zakat. Tapi Allahyarham tegur, sumbangan itu sedekah dan tak boleh dianggap zakat.
"Allahyarham jelaskan dengan lebih lanjut dan dari situlah saya memahami perbezaan antara zakat dan sedekah.
"Dan apabila saya beritahu mahu buat sedekah itu atas nama arwah ayah, air matanya terus mengalir," kata Jamal mengenangkan peristiwa itu.
Sedikit terkilan kerana hasrat menjemput Allahyarham untuk menyempurnakan majlis tahnik anaknya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat nanti tidak kesampaian, Jamal berkata, beliau akan terus mengenang Allahyarham sebagai individu yang tegas dengan hukum agama dan sentiasa adil dalam memberikan teguran serta pendapat.
"Allahyarham akan cakap sesuatu berpandukan apa yang ada dalam hukum syarak. Penilaiannya bukan pada pangkat atau status, dan tidak pernah berpihak kepada mana-mana, sebaliknya hanya mengikut apa yang tertulis dalam agama," ujar Jamal lagi.
Harussani yang memegang jawatan Mufti Perak sejak 1985 menghembus nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, pada Ahad.
Allahyarham disahkan dijangkti COVID-19 lebih seminggu lalu dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
Madiha Abdullah
Sun May 30 2021

Datuk Jamal Abdillah mengakui, cukup kasih dan hormat kepada Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria yang merupakan sahabat baik arwah bapanya.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Pemergian S. Atan kehilangan besar buat industri muzik negara - Jamal Abdillah
Datuk Jamal Abdillah berkata peminat muzik tempatan pasti akan terasa dan merindui sentuhan lagu-lagu Melayu yang baik daripada Allahyarham.

Konsert 'Divas & Diamonds' bariskan artis Malaysia, Indonesia
Inisiatif konsert itu antara lain sebagai platform untuk mempromosikan Johor sebagai destinasi pelancongan terkemuka.

Teguran Perdana Menteri: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani terkena tempias
ZAKI Yamani lain yang muat naik status, Zaki Yamani lain pula yang kena tempias. Begitulah yang dilalui oleh penyanyi, Zaki Yamani yang juga anak kepada penghibur tersohor, Datuk Jamal Abdillah.

Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah bergabung dalam konsert amal Alunan Irama
Jamal bersyukur kerana bakat yang dimilikinya mampu membantu golongan memerlukan menerusi konsert tersebut.

Keluarga dan sahabat ziarah SM Salim
Keluarganya turut mengadakan majlis bacaan surah Yasin yang dihadiri kira-kira 60 orang bagi mendoakan kesejahteran seniman itu.