KLANG: Seorang akauntan wanita dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengekplotasi dan mencederakan pembantu rumah warga Indonesia sekitar Februari hingga Mei 2021.
Tertuduh R. Vigneswary, 37, turut diarah oleh Hakim Zulqarnain Hassan membayar pampasan RM55,000 secara tunai kepada pembantu rumahnya, Rosmalina berusia 55 tahun.
Zulqarnain menjatuhkan hukuman itu terhadap ibu kepada tiga anak kembar itu selepas mendapati peguam bela gagal menimbulkan keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan.
Ketika membaca keputusan ringkasnya, Zulqarnain berkata: "Sebagai seorang akauntan tertuduh seharusnya menggunakan kecerdikan dengan melayan mangsa dengan waras dan bukan secara emosional.
"Pembantu rumah juga manusia dan bukannya 'punching bag' untuk dilepaskan geram dan dipukul hanya kerana alasan lembab. Jelas terdapat kecederaan dan kesakitan pada mangsa yang dilakukan secara kerap sama ada di kepala, leher, telinga serta pehanya.
"Selain tidak dibayar gaji, perbuatan mencederakan mangsa adalah jenayah. Sebagai wanita, tertuduh perlu menghormati mangsa yang lebih berusia dan sama seperti kaum ibu lain," katanya.
Vigneswary didakwa atas empat pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kesakitan dan kecederaan pada bahagian pinggul, peha, bahagian kepala, kedua-dua telinga serta leher di sebuah rumah di Seksyen U13 Setia Alam, Shah Alam, dekat sini, sekitar Februari hingga Mei 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Wanita itu turut didakwa dengan satu pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kesakitan dan kecederaan terhadap individu yang sama dengan menggunakan sudu besi panas di bahagian betis kaki pada April 2021 di tempat yang sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dengan penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
Dia juga didakwa atas satu pertuduhan memperdagangkan pembantu rumahnya bagi maksud eksploitasi kerja paksa dengan menggunakan kekerasan di bawah Seksyen 13 (b) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 pada Februari hingga 17 Mei 2021 di kediaman sama, yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Peguam tertuduh, Tham Weng Kin dan Ayasamy Venu memohon penangguhan pelaksanaan hukuman berikutan anak guamnya mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan wanita itu mendapat rawatan di samping perlu mencari wang untuk membayar denda serta pampasan kepada mangsa.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya Edna Lau Chia Xin (she) membantah kerana tertuduh masih boleh menerima rawatan ketika menjalani hukuman di penjara.
Mahkamah kemudian membenarkan penangguhan itu dan memerintahkan tertuduh membayar kesemua denda hari ini dan pampasan kepada mangsa dalam masa enam bulan, bermula tarikh jatuh hukum.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024
Seorang akauntan wanita dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan didenda RM12,000 atas pertuduhan mengekplotasi dan mencederakan pembantu rumah warga Indonesia sekitar Februari hingga Mei 2021. - Gambar hiasan
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Lebih 41,000 pendatang asing tanpa izin ditahan setakat 13 November lepas - KDN
Seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, setakat 13 Nov lepas.
Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.
Beri anak majikan makan steroid agar kanak-kanak itu kekal gemuk
Dia bertindak sedemikian hanya sekiranya kanak-kanak itu tidak mahu makan makanan yang disajikannya.
Dr Say, polis serbu bilik pembantu rumah, kantoi dua lelaki menyorok dalam selimut
"Saya layan seperti manusia, tapi layanan binatang mereka beri..."
Lelaki, dua pembantu rumah ditahan disyaki edar dadah
Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita pembantu rumah warga asing serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM16,308 dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang Ampat, Sabtu lepas.
Amah bukan 'punching bag' untuk lepaskan geram - Hakim
Seorang akauntan wanita dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan didenda RM12,000 atas pertuduhan mengekplotasi dan mencederakan pembantu rumah warga Indonesia sekitar Februari hingga Mei 2021.
Empat ahli keluarga Hinduja dijatuhi hukuman penjara kerana eksploitasi pembantu rumah
Keluarga Hinduja membayar gaji rendah dan menyekat kebebasan pekerja yang diambil terus dari India untuk bekerja di rumah mewah mereka di Lake Geneva.
73 mangsa diselamatkan, 113 ahli sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Tujuh puluh tiga individu termasuk tiga orang kurang upaya (OKU) diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dieksploitasi menjadi buruh paksa.
Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia
Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam.
'Pembantu rumah dilayan seperti binatang, gaji tak dibayar'
Mangsa bertugas mencuci tandas sahaja dan selesai melakukan tugasan, mangsa akan dikurung semula di balkoni rumah.