PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyeru orang ramai untuk mengamalkan budaya kelestarian alam sekitar ketika menyambut Aidilfitri.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata satu daripada amalan kelestarian alam sekitar yang boleh diamalkan ialah mengelakkan pembaziran makanan serta menggunakan perkakas lebih mesra alam.
"Kita rasa nak jimat kos, tak nak cuci pinggan (jadi) kita banyak guna barangan plastik atau kertas dan sebagainya untuk jamuan.
"Sebenarnya kita ada pilihan untuk kita menggunakan perkakas yang biasa atau kalau terpaksa guna elakkanlah plastik dan polisterin, kalau terpaksa juga pakailah yang kertas sekurang-kurangnya ia boleh terurai berbanding plastik tidak akan terurai," katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Iftar NRES, di sini pada Selasa.
Beliau berkata semua pihak perlu memainkan peranan memastikan pilihan yang dibuat semasa menyambut hari raya tidak memberikan impak negatif kepada alam sekitar.
"Saya berharap kita semua dapat menjadikan hari raya tahun ini lebih positif dari segi kelestarian alam dan kita dapat membudayakan perkara tersebut," katanya.
Sementara itu, semasa berucap Nik Nazmi berkata semua warga NRES termasuk jabatan dan agensi di bawah kementerian seharusnya menjadi contoh kepada amalan-amalan lestari bagi mengurangkan kesan alam sekitar seperti mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.
"NRES juga melalui Yayasan Hijau Malaysia giat menggalakkan cara hidup hijau menerusi alternatif kepada peniaga dan orang ramai untuk melupuskan sisa makanan kepada bentuk baja kompos.
"Kini, sisa itu bukan lagi sampah tidak bernilai, sebaliknya mempunyai 'masa depan baharu' dan boleh memberi manfaat kepada alam sekitar, apabila diproses menjadi baja kompos. Usaha ini diharap dapat mengurangkan sisa makanan daripada terus dibuang ke dalam tong sampah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024

Nik Nazmi berkata satu daripada amalan kelestarian alam sekitar yang boleh diamalkan ialah mengelakkan pembaziran makanan serta menggunakan perkakas lebih mesra alam. - Foto fail/BERNAMA

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang
Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000.

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

Bangkai paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
Bangkai itu dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.

Sarawak umum penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi, rancang strategi pasca COVID-19
Satu Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak ditubuhkan untuk mempermudahkan strategi ekonomi kerajaan negeri pasca COVID-19 dan ekonomi digital serta kelestarian alam sekitar sehingga 2030.