SHAH ALAM: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin Berhad memperjelaskan dakwaan tidak menghantar laporan kewangan bagi 2016 sehingga 2019 kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seperti yang tular di media sosial.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Suffian Awang Piut berkata, sejak tahun 2007, pihaknya berjaya menghantar laporan audit tahunan kepada SSM namun laporan kewangan bagi tahun 2016 sehingga 2019 masih tertangguh disebabkan pertukaran juruaudit pada tahun tersebut.
“Aman Palestin telah membuat pertukaran auditor dan melantik auditor baharu pada tahun 2016 yang menyebabkan laporan audit untuk tahun ini mengambil masa untuk disiapkan.
“Bagaimanapun, laporan ini sudah pun disiapkan untuk dihantar ke SSM,” katanya pada sidang media secara maya di Facebook pada Sabtu.
Pada Khamis, tular di media sosial mengenai laporan audit Aman Palestin yang tidak dihantar kepada SSM sejak tahun 2016.
Dalam pada itu, Awang Suffian berkata pertambahan cawangan Aman Palestin di seluruh negara juga menyebabkan banyak kerja penyelarasan dan laporan setiap cawangan yang perlu disediakan.
Tambah beliau, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu juga telah menyukarkan proses audit di setiap cawangan.
“Penangguhan ini juga diberikan oleh SSM untuk Aman Palestin menyiapkan laporan tersebut.
“Setakat ini, proses laporan berjalan dengan baik dan laporan bagi tahun 2020 masih belum sampai tarikh penutupan akaun,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Aman Palestin perjelas isu laporan audit tahunan
Sinar Harian
Sat May 22 2021
![Aman Palestin perjelas isu laporan audit tahunan Aman Palestin perjelas isu laporan audit tahunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621727007_AWANGSUFFIANAWANG.jpg)
AWANG SUFFIAN: Aman Palestin telah membuat pertukaran auditor dan melantik auditor baharu pada tahun 2016 yang menyebabkan laporan audit untuk tahun ini mengambil masa untuk disiapkan. -Facebook Aman Palestin
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.
![Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728964477_HafizulHawari.jpg)
Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
![SPRM: Siasatan Aman Palestin masih berjalan SPRM: Siasatan Aman Palestin masih berjalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696123909_AzamBaki.jpg)
SPRM: Siasatan Aman Palestin masih berjalan
Pegawai forensik SPRM sedang meneliti dokumen (kewangan) yang diperoleh daripada Aman Palestin dari 2020 hingga 2022.
![Aman Palestin lancar kempen 'Ramadan Bersamamu', sasar kutipan RM12 juta Aman Palestin lancar kempen 'Ramadan Bersamamu', sasar kutipan RM12 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676269018_palestine.jpg)
Aman Palestin lancar kempen 'Ramadan Bersamamu', sasar kutipan RM12 juta
Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata kempen kali ini bakal memberi manfaat kepada lebih 138,000 rakyat di negara terbabit.
![COVID-19: Ini senarai tabung bantuan dan bagaimana anda boleh sumbang COVID-19: Ini senarai tabung bantuan dan bagaimana anda boleh sumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61585038131_COVID.jpg)
COVID-19: Ini senarai tabung bantuan dan bagaimana anda boleh sumbang
Masuk hari ketujuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan ramai pihak memberikan sumbangan samada dalam bentuk kewangan dan barangan.