Skip to main content

Malaysia

AmBank rai hampir 100 editor dan wartawan

[TB]_AmBank rai media_AmBank
Jamie Ling (tengah) bergambar kenangan bersama hampir 100 editor kanan dan wartawan di Bangunan Sultan Abdul Samad yang ikonik, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kumpulan AmBank meraikan hampir 100 editor kanan dan wartawan pada Malam Media Kumpulan AmBank 2026 yang berlangsung di Bangunan Sultan Abdul Samad, di sini, malam tadi.

Acara tahunan itu menghimpunkan pengamal media dari pelbagai organisasi dalam suasana penuh mesra sebagai tanda penghargaan terhadap peranan media dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat, selain mengukuhkan hubungan strategik yang telah terjalin sekian lama.

Majlis tersebut dihoskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Jamie Ling bersama Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Shazman Shahid serta Ketua Komunikasi Strategik dan Perhubungan Media, Ridzuan Zulkifli.

Penganjuran acara itu turut membawa makna istimewa apabila berlangsung hanya beberapa hari sebelum sambutan Hari Kebangsaan ke-69, sekali gus menjadi platform untuk meraikan semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia.

Bertemakan “Old Malaya”, para tetamu disajikan dengan suasana yang mengetengahkan nostalgia, warisan budaya dan pesona Malaysia suatu ketika dahulu, lengkap dengan persembahan hiburan secara langsung serta lagu-lagu malar segar.

Menurut AmBank, Malam Media tahunan merupakan platform penting bagi kumpulan perbankan itu merakamkan penghargaan kepada warga media atas sokongan berterusan dalam memastikan masyarakat mendapat akses kepada maklumat yang sahih dan berwibawa.

Pada masa sama, acara berkenaan menjadi medium untuk memperkukuh hubungan antara AmBank dan pengamal media melalui interaksi yang lebih dekat dan bermakna.

Kumpulan itu percaya hubungan yang kukuh bukan sahaja dibina menerusi kerjasama profesional, malah melalui perbualan yang tulen, pengalaman yang dikongsi bersama serta semangat “Menang Bersama” yang menjadi antara teras nilai organisasi tersebut.

Must Watch Video

Advertisement