KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan semua guru di Sabah, supaya mengambil iktibar daripada kes seorang guru di sebuah sekolah di Kota Belud yang disaman pelajar sendiri, kerana tidak hadir mengajar.
Beliau yang jelas kecewa dengan kejadian berkenaan berkata kes seumpama itu, diharap tidak berulang pada masa akan datang, demi memastikan setiap pelajar di negeri itu mendapat pendidikan berkualiti daripada semua guru.
"Apa yang penting ialah memberi ilmu pengetahuan dan pembelajaran kepada anak-anak di sekolah, kerana pendidikan amat penting. Kita tidak mahu mereka ketinggalan dan rugi dalam pembelajaran di sekolah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri ke-34 di sini, hari ini.
Pada Julai lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengarahkan tiga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud, dibayar pampasan masing-masing RM50,000 atas kegagalan guru Bahasa Inggeris hadir ke kelas selama tujuh bulan pada 2017.
Dalam perkembangan lain, Hajiji ketika berucap pada majlis itu mahu Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, mengenal pasti punca ramai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dari Sabah, tidak hadir menduduki peperiksaan itu tahun lalu.
Hajiji berkata berdasarkan laporan, hanya seramai 34,461 pelajar daripada 40,147 yang mendaftar sebagai calon SPM di Sabah, menduduki peperiksaan berkenaan.
"Saya memberi perhatian serius terhadap isu ini di Sabah, kerana SPM ialah peperiksaan penting untuk masa depan anak-anak kita, atau sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sabah Raisin Saidin berkata pelajar berhenti sekolah dan berdepan masalah disiplin, menjadi antara faktor penyumbang kepada ketidakhadiran calon untuk menduduki peperiksaan SPM itu tahun lalu.
"Selain itu, ada pelajar sendiri yang memilih untuk tidak menghadiri peperiksaan berkenaan," katanya kepada pemberita dan menambah, akan mengambil langkah proaktif mengatasi masalah ketidakhadiran pelajar SPM pada peperiksaan tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023

Hajiji berkata, kes seumpama itu diharap tidak berulang demi memastikan setiap pelajar di negeri itu mendapat pendidikan berkualiti daripada semua guru. - Gambar fail
AWANI Borneo [28/2/2025] – Dipercayai Tinggalan Perang Dunia Ke-2 | Hanya Digantung Di Sabah | Promosi Kepentingan Jaga Bumi
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya
- Dua butir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Papar
- Keahlian saya di UMNO Pusat masih aktif - Shahelmey
- RWMF 2025 kembali dengan 170 pemuzik handalan serata dunia
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Dua butir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Papar
- Keahlian saya di UMNO Pusat masih aktif - Shahelmey
- RWMF 2025 kembali dengan 170 pemuzik handalan serata dunia
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Liputan rangkaian 5G capai 82.4 peratus setakat Disember
Capaian liputan rangkaian 5G di negara ini mencapai 82.4 peratus di kawasan berpenduduk setakat Disember lepas, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
RWMF 2025 bukan sekadar hiburan, platform mendidik kepentingan menjaga bumi
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, RWMF 2025 adalah kesinambungan daripada edisi sebelum ini yang mahu mengajak pemuzik dan pengunjung bersama-sama melindungi alam sekitar dan mempromosi pelancongan bertanggungjawab.
Empat sekawan lengkapkan misi jalan kaki sejauh 585km
Selepas menempuh perjalanan sejauh 585 kilometer dari Tawau ke Sandakan dengan berjalan kaki, empat anak muda sabah berjaya menamatkan misi mereka di mercu tanda 'I Love Sandakan', Harbour Square pada Khamis.
Keahlian saya di UMNO Pusat masih aktif - Shahelmey
ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya, memaklumkan keahlian UMNO beliau di peringkat pusat masih aktif meskipun digantung di peringkat negeri Sabah.

JPG komited pacu kelestarian bersama iSPOC
Kompleks Minyak Sawit Lestari Bersepadu (iSPOC) membuka peluang ekonomi dalam pelbagai sektor selain menawarkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup pekebun kecil.
Sabah terima pelaburan lebih AS$2.5 bilion melalui POIC Lahad Datu
Antara pelaburan tersebut termasuk TS Asia Green Infrastructure Sdn Bhd, yang merancang untuk membangunkan kemudahan penyimpanan dan penapisan minyak di taman perindustrian POIC Lahad Datu, yang berperanan sebagai hab logistik untuk BIMP-EAGA dan rantau sekitarnya.
Penerbangan MASwings dari KK ke Lahad Datu tidak dibatalkan
Pengerusi POIC Sabah, Datuk Yong Teck Lee, menegaskan bahawa perkhidmatan penerbangan itu masih berjalan seperti biasa berdasarkan perjanjian antara MASwings dan kerajaan malaysia untuk menyediakan perkhidmatan udara luar bandar.

Kinohimitsu, PMKKL lancar inisiatif saringan mata percuma
Program ini bertujuan menyediakan pemeriksaan mata percuma serta meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan penglihatan, khususnya dalam kalangan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.
Dua butir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Papar
Ketua Polis Daerah Papar, Suprintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, penemuan pertama dilaporkan pada 25 Februari lalu dan yang kedua sehari kemudian ketika kerja-kerja mengorek tanah untuk pembinaan tangki air dilaksanakan.

Kes guru didakwa tidak hadir ke kelas tujuh bulan dibicarakan 12 Sept ini
Kes guru tidak hadir ke kelas selama tujuh bulan akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 12 September ini.