KUALA LUMPUR:Syarikat pembuat sarung tangan terbesar dunia, Top Glove Corporation Berhad, yakin bakat anak muda tempatan boleh dimanfaatkan untuk membantu syarikat lebih maju ke hadapan.
Pengarah Urusan Top Glove, Datuk Lee Kim Meow berkata, atas sebab itu, inisiatif untuk mengambil 9,000 tenaga tempatan, termasuk lebih 2,000 siswazah yang baru menamatkan pelajaran, adalah sumbangan kecil mereka dalam memajukan ekonomi negara.
"Kami berbesar hati kerana turut dapat kerjasama daripada kerajaan. Sebagai sebuah syarikat yang besar, kami memerlukan ramai bakat muda terutama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, kejuruteraan, sains, pemasaran dan lain-lain.
"Kami yakin anak tempatan juga mempunyai kemampuan, kerana itu kami jalankan kerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi tempatan seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan banyak lagi," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, hari ini.
Langkah itu juga, kata Lee, adalah salah satu usaha syarikat untuk memastikan keseimbangan antara tenaga kerja tempatan dan luar.
"Sebelum ini kami kurang memberi perhatian kepada aspek pengambilan pekerja. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami sedar hal ini tidak boleh dipandang remeh.
"Tahun lalu, kami ambil lebih 6,000 pekerja tempatan dan kami sasarkan untuk naikkan jumlahnya kepada 12,000 pada tahun hadapan.
"Kami berharap bekerjasama dengan lebih banyak IPT dan sekolah serta kolej teknikal dan vokasional. Anak-anak muda kita perlu tahu yang ada tempat untuk mereka menyumbangkan idea dan tenaga profesional dalam negara.
"Dalam masa yang sama, mereka juga berpeluang untuk memperoleh pengalaman kerja di luar negara kerana Top Glove juga beroperasi di banyak negara lain," ujarnya.
Madiha Abdullah
Wed Jan 27 2021

Inisiatif untuk mengambil 9,000 tenaga tempatan adalah sumbangan kecil Top Glove dalam memajukan ekonomi negara. - Reuters

Liga Super: Selangor, Sabah seri tanpa jaringan
Keputusan seri itu menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 43 mata, manakala Sabah berada di kedudukan ketiga dengan 35 mata.

Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara - Fuziah
BRR menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga berpatutan, dengan tumpuan khas kepada Menu Rahmah yang dijual tidak melebihi RM5.

KPM komited jadikan semua sekolah seluruh negara sekolah digital
Sasaran tersebut disokong pencapaian 90 peratus akses penggunaan DELIMa oleh pendidik dan keaktifan pelajar mengaplikasi teknologi digital.

Pusat Sains Negara ditutup sementara, namun Program STI terus diperhebat
Kerja-kerja pembaikan bumbung PSN akan dilaksanakan oleh JKR bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung pada masa akan datang.

Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor dua syarikat subsidiari Felda rugi
Kerugian juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023.

Kerajaan negeri pastikan pelaksanaan projek KDVT di Selangor berjalan lancar - Exco
Ng berkata terdapat beberapa isu yang dibangkitkan PBT dan kontraktor serta aduan penduduk berhubung projek itu.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Caj kesesakan tidak sesuai dilaksana di JB buat masa ini - Exco
Mohamad Fazli berkata, kerajaan negeri perlu terlebih dahulu mempunyai pelan induk yang lengkap bagi mengatasi kesesakan di Johor Bahru.

250 acara dalam Kalendar Pelancongan Sarawak - Abdul Karim
Seperti tahun sebelumnya, Sarawak terus kekalkan acara utama seperti Regata Sarawak dan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia.

Jualan produk hiliran minyak sawit secah RM47.76 bilion di pasaran tempatan bagi tempoh 2020-2024
Produk industri hiliran minyak sawit merangkumi produk oleokimia, biodiesel dan produk siap/akhir.

Ambil lebih 9,000 pekerja tempatan, Top Glove hargai bakat anak muda
Inisiatif untuk mengambil 9,000 tenaga tempatan, termasuk lebih 2,000 siswazah yang baru menamatkan pelajaran, adalah sumbangan kecil mereka dalam memajukan ekonomi negara.

Saham Hartalega, Top Glove meningkat susulan WHO isytihar COVID-19 sebagai pandemik
Saham syarikat pembuat sarung tangan getah, Hartalega Holdings Bhd dan Top Glove Corporation Bhd diniagakan tinggi hari ini.