KOTA KINABALU: Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D. Kagan berkata beliau yakin Jabatan Kehakiman Amerika akan terus mencari aset serta dana yang dicuri dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk dipulangkan bagi manfaat seluruh rakyat Malaysia.
Beliau berkata kerajaan AS komited melakukan apa yang mampu untuk memulangkan setiap sen wang 1MDB yang boleh mereka temukan dan rampas, untuk dikembalikan kepada rakyat Malaysia.
Kagan berkata mereka melakukan ini bukan sebagai kerja amal atau hadiah, tetapi atas rasa tanggungjawab kerana wang itu milik rakyat Malaysia dan ia dicuri daripada mereka, justeru wang itu harus dikembalikan untuk manfaat rakyat Malaysia.
"Kami faham bahawa Malaysia dan rakyat Malaysia mengalami kerugian yang amat besar dalam kes ini. Bagaimanapun kami berbangga dengan kenyataan bahawa AS telah memainkan peranan penting dalam menangani isu 1MDB.
"Jika anda perhatikan dengan teliti, tiada mana-mana pihak sebelum ini yang merampas atau menyita aset dalam jumlah yang begitu besar dan mengembalikannya kepada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di The Ambassadorial Talk di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.
Semalam Kagan dalam kenyataan berkata AS telah memulangkan kira-kira AS$156 juta (RM721.4 juta) kepada kerajaan Malaysia yang merupakan transaksi keempat dana yang diperoleh semula hasil rampasan aset yang berkaitan dengan 1MDB.
Beliau berkata dengan pindahan dana itu AS telah mendapatkan dan membantu memperoleh semula serta memulangkan kira-kira AS$1.4 bilion (RM6.6 bilion) dana yang diseleweng dari Malaysia, setakat ini.
Perbuatan itu dilakukan menerusi beberapa siri transaksi yang kompleks dan penglibatan syarikat 'shell' mencurigakan atau hanya wujud di atas kertas dengan akaun bank di AS dan luar negara menggunakan dokumen serta representasi palsu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024

Kagan berkata kerajaan AS komited melakukan apa yang mampu untuk memulangkan setiap sen wang 1MDB yang boleh mereka temukan dan rampas, untuk dikembalikan kepada rakyat Malaysia. - Gambar fail/Bernama

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Projek LRT Laluan Mutiara: 100 lot tanah akan diambil
Kerja fizikal projek LRT dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, dengan tender untuk Pakej Tiga Projek LRT telah dibuka sejak Disember 2024.

Zayn Rayyan alami masalah pertuturan serius - Doktor
Zayn Rayyan didiagnosis sebagai receptive and expressive language delay.

Amerika terus cari aset, dana dari penyelewengan 1MDB untuk dipulangkan - Duta Besar AS
Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard D. Kagan berkata beliau yakin Jabatan Kehakiman Amerika akan terus mencari aset serta dana yang dicuri dari 1MDB) untuk dipulangkan bagi rakyat Malaysia.