KUALA LUMPUR: Akademi Perubatan Malaysia (AMM) menggesa kerajaan memberi pencerahan berhubung kedudukan kumpulan berisiko tinggi dalam senarai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Menurut kenyataan kumpulan pakar perubatan itu, proses pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera tidak memaklumkan wanita hamil dan pesakit imunosupresi akan status risiko mereka.
"Aplikasi itu juga gagal menyediakan maklumat untuk mendidik mereka yang memiliki komorbiditi tentang vaksin COVID-19 yang mempunyai kaitan dengan keadaan mereka.
"Kami menggesa kerajaan agar mengemas kini aplikasi itu dengan maklumat yang boleh membantu pesakit mendapatkan vaksin berdasarkan kumpulan risiko mereka," kata AMM pada Rabu.
AMM berkata strategi imunisasi negara perlu bersifat inklusif dan melengkapkan kumpulan berisiko tinggi dan rentan dengan maklumat bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang bijak.
"Memandangkan kumpulan penghidap imunosupresi meliputi pelbagai masalah kesihatan, setiap pasukan perubatan bagi kumpulan yang berkenaan perlu menjalankan penilaian risiko dan faedah yang turut merangkumi masa terbaik serta pelan rawatan yang dapat memperkasakan mereka untuk mendapatkan vaksinasi," kata AMM.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 03 2021

AMM menggesa kerajaan memberi pencerahan berhubung kedudukan kumpulan berisiko tinggi dalam senarai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. -Gambar hiasan

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Vaksinasi COVID-19 berkesan bagi kanak-kanak, remaja - Pakar
Bukti daripada ujian klinikal dan pengalaman dunia menunjukkan vaksinasi COVID-19 berkesan dan selamat bagi kanak-kanak dan remaja, menurut Kolej Pediatrik, Akademi Perubatan Malaysia (AMMCOP).

AMM gesa kerajaan jelaskan status golongan berisiko dalam program imunisasi
AMM berkata strategi imunisasi negara perlu bersifat inklusif dan melengkapkan kumpulan berisiko tinggi dan rentan dengan maklumat bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang bijak.

Akademi Perubatan Malaysia gesa tarik balik PKPB, mahu alternatif lain
Berdasarkan kadar jangkitan 14 hari iaitu dari 21 Oktober sehingga 3 November, banyak negeri yang tidak seharuskan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat.

Bersolek, buat suara 'Doraemon' waktu PKP: AMM sifatkan syor KPWKM perlekeh golongan Hawa
Saranan KPWKM yang menggesa golongan wanita supaya bersolek seperti hari biasa ke pejabat ketika PKP dilihat sebagai 'memperlekehkan' golongan itu.