Pencapaian membanggakan seorang anak jati Terengganu yang memainkan peranan penting dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), wajar dijadikan contoh oleh semua golongan muda hari ini.
Dr Salmaan Hussain Inayat Hussain, 52, anak kelahiran Dungun, merupakan satu-satunya pakar dari Malaysia dalam bidang kesan enapan racun makhluk perosak ke atas makanan, yang bertugas untuk PBB sejak tahun 2012.
Sebagai seorang daripada panel pakar Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian Dunia (FAO), beliau bertanggungjawab menggariskan tahap selamat kesan enapan racun perosak dalam makanan, di seluruh dunia.
“Tugas saya adalah meneliti data toksikologi racun makhluk perosak yang dihasilkan oleh industri. Contohnya, sesebuah syarikat yang menghasilkan racun serangga, syarikat itu perlu menghantar data kepada WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), dan kami akan kenal pasti berapakah tahap selamat pengambilan racun serangga itu, terhadap makanan,” katanya kepada Bernama.
Beliau yang juga Ketua Jabatan Pengawasan Produk dan Toksikologi di syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) itu, turut melakar kejayaan cemerlang di peringkat antarabangsa apabila dilantik sebagai Profesor Adjung di Jabatan Sains Kesihatan Alam Sekitar di ‘School of Public Health’ di Yale University, Amerika Syarikat, dari tahun 2019 hingga 2023.
Mengimbau kembali kehidupan pada masa kecilnya, Salmaan Hussain seakan tidak percaya beroleh kejayaan seperti hari ini, kerana prestasi pembelajarannya semasa sekolah pada mulanya tidaklah begitu memberangsangkan.
Katanya, selepas pemergian secara mengejut bapanya Inayat Hussain Amir Mohammad, ketika beliau berusia tujuh tahun, ibunya Rais Fatima Abdul Razak, 79, yang hanya seorang suri rumah, bersendirian membesarkan dirinya bersama empat adik-beradik yang lain.
“Selepas ayah meninggal dunia, saya hilang semangat untuk ke sekolah. Pada waktu itu saya malas dan sering ponteng sekolah. Yang saya tahu hanyalah berbasikal dengan kawan. Saya pernah berbasikal dari Dungun ke Kuala Terengganu, dan boleh dikatakan pada waktu itu, agak nakal lah,” katanya.
Namun, segalanya berubah ketika beliau menginjak ke usia remaja, selepas abang sulungnya Dr Anis Ahmad yang ketika itu mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD), menyuntik semangat dan membimbingnya dalam pelajaran terutama subjek Sains dan Matematik.
Lantaran itu Salman Hussain mula menunjukkan prestasi cemerlang dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan seterusnya menjadi pelajar terbaik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Dungun.
Sebaik berjaya menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sains Farmakologi, beliau tidak menoleh ke belakang lagi sehinggalah memperoleh PhD dalam bidang toksikologi.
“Saya berpegang kepada prinsip, untuk berjaya, seseorang itu perlu mempunyai keazaman yang tinggi di samping sentiasa berfikir positif.
“Sekiranya kita fikir kita sedang gagal, kita kena ingat kegagalan itu bukan untuk selamanya. Ia adalah cabaran untuk diatasi demi mencapai kejayaan,” katanya.
Ditanya mengenai perkembangan bidang toksikologi di Malaysia, Salmaan Hussain berkata, ia masih belum berkembang luas di negara ini, yang mana kebanyakan syarikat di Malaysia masih belum mempunyai ahli toksikologi, yang berkhidmat secara tetap.
“Di Petronas pasukan saya (Jabatan Pengawasan Produk &Toksikologi) mempunyai 12 kakitangan termasuk empat ahli toksikologi.
"Segelintir syarikat seperti syarikat makanan atau kosmetik, mungkin mempunyai seorang atau dua orang ahli toksikologi.
"Tetapi di luar negara kebanyakan syarikat yang berkaitan bahan kimia, mempunyai ramai ahli toksikologi,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 28 2020

Salmaan Hussain berkata, bidang toksikologi masih belum berkembang luas di negara ini, yang mana kebanyakan syarikat di Malaysia masih belum mempunyai ahli toksikologi, yang berkhidmat secara tetap. - Foto BERNAMA

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Bakteria pada sampel kerang terdampar di Pantai Sura melebihi piawaian
Hasil analisis terhadap sampel kerang yang terdampar di Pantai Sura di Dungun menunjukkan tahap bakteria Fecal coliform dan Escherichia coli (E. coli) melebihi piawaian yang ditetapkan.

Kelindan maut, lori makanan ringan rempuh kren
Mohammad Hairi Ismail, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori, Mohamad Azwan Mohd Hishammudin, 30, cedera ringan.

Mayat hampir reput ditemui dalam belukar di Dungun
Mayat tanpa identiti itu dijumpai seorang penduduk ketika sedang mencari kayu di kawasan berkenaan pada kira-kira jam 3.20 petang.

Isteri cedera ditetak selepas minta cerai
Seorang buruh bertindak menetak isterinya menggunakan parang dipercayai selepas mangsa meminta cerai dalam kejadian di Dungun.

Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di 18 kawasan di Terengganu
TNB membuat penutupan bekalan elektrik di 18 kawasan membabitkan tiga daerah di Terengganu setakat 10 pagi tadi berikutan keadaan hujan dan banjir.

Kali pertama dilanda banjir selepas 40 tahun
Hujan lebat berterusan sejak Sabtu menyebabkan penduduk di gugusan Felda Kerteh di sini berdepan bencana banjir luar jangka yang disifatkan sebagai pertama kali berlaku dalam tempoh 40 tahun.

Hujan berterusan tahap bahaya dijangka di Terengganu hingga esok - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Terengganu bermula hari ini hingga esok.

Kanak-kanak 2 tahun ikut bapa memancing ditemui lemas
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui lemas di sebuah kolam memancing di Bandar Bukit Besi, Dungun pada Sabtu.

Tukang rumah didakwa bunuh isteri
Mengikut pertuduhan, Mohd Amir didakwa telah menyebabkan kematian isterinya, Rubiah Sabtu, 41 tahun.

Tukang rumah direman, bantu siasatan bunuh isteri dengan tukul besi
Seorang tukang rumah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes membunuh isterinya menggunakan tukul besi.