LAHAD DATU: Seekor anak gajah kehilangan pergelangan kaki kanan yang terpaksa dipotong akibat cedera parah terkena jerat tali dipasang manusia tidak bertanggungjawab, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin.
Beliau berkata Jabatan Hidupan Liar Sabah menerima maklumat daripada orang awam mengenai keadaan anak gajah itu di FELDA Sahabat 5, Tungku dekat sini pada Sabtu lepas dan pasukan penyelamat diarah menjejaki haiwan tersebut.
"Pasukan itu kemudian berjaya menjejak anak gajah berkenaan pada Sabtu lepas di lokasi dan didapati anak gajah betina berumur kurang daripada dua tahun terbabit mengalami kecederaan di kaki kanan hadapan akibat terkena jerat tali.
"Bagi mengelakkan tisu kaki mamalia itu menjadi lebih parah dan tidak berfungsi, bahagian pergelangan kaki gajah tersebut terpaksa dipotong oleh pegawai veterinar yang membuat rawatan," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.
Jafry berkata keadaan itu menyebabkan anak gajah tersebut kehilangan peluang untuk hidup bebas dengan kawanannya malahan terpaksa menjalani kehidupan dalam keadaan cacat seumur hidup.
Beliau berkata sehubungan itu, Jabatan Hidupan Liar Sabah menawarkan ganjaran RM5,000 kepada pemberi maklumat berkaitan pemasangan jerat tersebut dengan menghubungi talian 016-810 9901.
"Oang ramai diharap dapat membantu memberi maklumat berkaitan pemasangan jerat itu sehingga membawa kepada penangkapan pihak bertanggungjawab untuk dibawa ke muka pengadilan, identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan," katanya.
Jafry juga berkata aktiviti memburu haiwan menggunakan jerat merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 33(1)(k)(iii) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan maksimum 5 tahun atau denda minimum RM20,000 maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
"Saya ingin mengingatkan semua pihak agar tidak memasang jerat untuk apa-apa tujuan kerana perbuatan tersebut menyalahi undang-undang dan saya berharap semua pengurusan ladang dapat memastikan pekerja mereka tidak memasang jerat kerana ini boleh mengaitkan ladang mereka dengan perbuatan kejam ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022

Keadaan itu menyebabkan anak gajah tersebut kehilangan peluang untuk hidup bebas dengan kawanannya malahan terpaksa menjalani kehidupan dalam keadaan cacat seumur hidup. - Foto BERNAMA

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Perhilitan tangkap gajah liar ganggu penduduk di Dabong
Perhilitan Kelantan menangkap seekor gajah jantan liar yang mengganggu kehidupan penduduk sekali gus memberikan kelegaan di Kampung Kemubu, Dabong di sini pada Isnin.

Anak gajah mati dilanggar kereta
Kemalangan sekitar jam 8.30 malam itu dikatakan berlaku ketika anak gajah terbabit mahu melintas laluan secara tiba-tiba.

Anak gajah cacat kena jerat, Sabah tawar ganjaran pemberi maklumat
Seekor anak gajah kehilangan pergelangan kaki kanan yang terpaksa dipotong akibat cedera parah terkena jerat tali dipasang manusia tidak bertanggungjawab.

Zoo Taiping & Night Safari terima kelahiran anak gajah Malaysia
Kelahiran itu menjadikan Zoo Taiping & Night Safari sebagai salah satu zoo yang berjaya membiak gajah Malaysia dengan jayanya.

2 anak gajah ditemui mati makan racun
Dua bangkai anak gajah ditemukan di sebuah kebun sayur tinggal berhampiran dengan Empangan Kahang dan Hutan Simpan Kluang, dekat Kluang semalam, disyaki termakan racun.

Anak gajah Nita terpaksa dimatikan kerana kecederaan serius
Seekor anak gajah yang diselamatkan ketika berusia sebulan, terpaksa dimatikan dua minggu lepas melalui kaedah suntikan ubat (eutanasia).

Gajah mati ketika lahir anak secara songsang
Seekor gajah betina mati ketika melahirkan anak secara songsang di Ladang Mados, Lenggor, dekat Mersing, semalam.

Anak gajah Borneo Pygmy ditemui mati dalam ladang sawit
Bangkai anak gajah berusia kurang dua tahun itu dipercayai mati sejak seminggu lepas.

Anak gajah jatuh sungai diselamatkan di Mersing
Seekor anak gajah yang jatuh ke dalam Sungai Endau, dekat Kampung Orang Asli Tanah Abang, berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.

Anak gajah Asia mati 27 hari selepas dilahirkan
Anak gajah jantan itu hanya hidup selama 27 hari dan mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan ia tidak lalu makan.