KINABATANGAN: Seekor anak gajah yang diselamatkan ketika berusia sebulan, terpaksa dimatikan dua minggu lepas melalui kaedah suntikan ubat (eutanasia) kerana mengalami komplikasi serius susulan kecederaan yang dialaminya, sebelum ini.
Anak gajah yang diberi nama Nita itu, mengalami kecederaan dan luka di seluruh badannya selain menderita jangkitan penyakit pada tali pusat dan kakinya.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata Nita diselamatkan pada Ogos 2019 di ladang kelapa sawit di Tawau oleh Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU), Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL), sebelum dibawa ke Borneo Elephant Sanctuary, dekat sini.
"Pada awal tahun ini, Nita didapati tempang ketika berada di dalam kandangnya dan disahkan melalui gambaran radiograf.
"Malangnya, tulang belakangnya juga didapati patah dan bertambah teruk berdasarkan gambaran itu dan Nita didiagnosis bilateral supracondylar' fracture" atau mengalami keretakan femur (tulang paha) pada kedua-dua kaki belakang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Tuuga, doktor haiwan melakukan prosedur untuk meletakkan alat penyokong gentian kaca pada anggota badannya dengan harapan usaha itu dapat memperbaiki kecederaan pada tulangnya, selain mendapat pandangan daripada pasukan pakar ortopedik dari Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
"Walaupun rawatan intensif diberikan, Nita masih belum dapat disembuhkan malah keadaannya bertambah teruk sehingga menjejaskan kebajikannya.
"Keretakan yang dialaminya tidak dapat dipulihkan dan doktor haiwan perlu membuat keputusan paling sukar demi untuk menamatkan penderitaan yang dialaminya. Kami bersedih atas kematian haiwan jagaan kami yang comel ini," katanya.
Doktor yang merawat Nita, Dr Sen Nathan turut menzahirkan rasa sedih dengan keputusan untuk menawatkan riwayat anak gajah itu melalui suntikan ubat (eutanasia) dan menganggap beliau dan pasukannya telah gagal dalam misi menyelamatkan haiwan berkenaan.
"Walaupun kita telah melakukan yang terbaik, kadang-kadang kita juga gagal dalam usaha kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 12 2021

Nita mengalami kecederaan dan luka di seluruh badannya selain menderita jangkitan penyakit pada tali pusat dan kaki. - Bernama
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Perhilitan tangkap gajah liar ganggu penduduk di Dabong
Perhilitan Kelantan menangkap seekor gajah jantan liar yang mengganggu kehidupan penduduk sekali gus memberikan kelegaan di Kampung Kemubu, Dabong di sini pada Isnin.

Anak gajah mati dilanggar kereta
Kemalangan sekitar jam 8.30 malam itu dikatakan berlaku ketika anak gajah terbabit mahu melintas laluan secara tiba-tiba.

Anak gajah cacat kena jerat, Sabah tawar ganjaran pemberi maklumat
Seekor anak gajah kehilangan pergelangan kaki kanan yang terpaksa dipotong akibat cedera parah terkena jerat tali dipasang manusia tidak bertanggungjawab.

Zoo Taiping & Night Safari terima kelahiran anak gajah Malaysia
Kelahiran itu menjadikan Zoo Taiping & Night Safari sebagai salah satu zoo yang berjaya membiak gajah Malaysia dengan jayanya.

2 anak gajah ditemui mati makan racun
Dua bangkai anak gajah ditemukan di sebuah kebun sayur tinggal berhampiran dengan Empangan Kahang dan Hutan Simpan Kluang, dekat Kluang semalam, disyaki termakan racun.

Anak gajah Nita terpaksa dimatikan kerana kecederaan serius
Seekor anak gajah yang diselamatkan ketika berusia sebulan, terpaksa dimatikan dua minggu lepas melalui kaedah suntikan ubat (eutanasia).

Gajah mati ketika lahir anak secara songsang
Seekor gajah betina mati ketika melahirkan anak secara songsang di Ladang Mados, Lenggor, dekat Mersing, semalam.

Anak gajah Borneo Pygmy ditemui mati dalam ladang sawit
Bangkai anak gajah berusia kurang dua tahun itu dipercayai mati sejak seminggu lepas.

Anak gajah jatuh sungai diselamatkan di Mersing
Seekor anak gajah yang jatuh ke dalam Sungai Endau, dekat Kampung Orang Asli Tanah Abang, berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.

Anak gajah Asia mati 27 hari selepas dilahirkan
Anak gajah jantan itu hanya hidup selama 27 hari dan mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan ia tidak lalu makan.