ALOR SETAR: Bapa seorang kanak-kanak perempuan terkejut apabila dimaklumkan anak perempuannya terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di Langkawi, di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memberitahu, bapa mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika dia dan keluarga sedang tidur.
Menurut beliau, bapa kanak-kanak perempuan itu mendakwa hanya menyedari kejadian apabila dimaklumkan oleh pengawal keselamatan yang berada di bawah blok kedai.
“Sebelum itu, kami menerima maklumat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenai kejadian kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun 11 bulan jatuh dari tingkat empat bangunan deretan kedai kira-kira jam 8.15 pagi,"katanya pada Rabu.
Shariman berkata, susulan itu, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi menghala ke tempat kejadian.
Tambah beliau, mangsa seterusnya di bawa ke Hospital Sultanah Maliha oleh ambulan dan pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami luka kecederaan di beberapa bahagian.
"Antaranya bahagian pinggul, paha sebelah kanan, sakit pada bahagian dada dan kecederaan pada hidung,"katanya.
Beliau berkata, bagaimanapun, pemeriksaan lanjut Mesin Pengimbas Tomografi Berkomputer (CT Scan) masih belum diperolehi.
Tambah beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan berdekatan sebuah hotel di Langkawi, pada Rabu.
Ketua Bomba Zon Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Fadzullah Mohd Noor memaklumkan, mangsa yang berusia 12 tahun itu telah diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Langkawi.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 02 2022

Seorang kanak-kanak perempuan cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan berdekatan sebuah hotel di Langkawi, pada Rabu. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.

Budak maut jatuh bangunan balik kelas mengaji
Ibu mangsa yang hendak menjemputnya pulang menemui anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas jalan raya.

Anak jatuh bangunan ketika keluarga tidur
Bapa kanak-kanak perempuan itu mendakwa hanya menyedari kejadian apabila dimaklumkan oleh pengawal keselamatan yang berada di bawah blok kedai.

Budak 12 tahun jatuh bangunan
Mangsa yang berusia 12 tahun itu telah diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Langkawi.

Kanak-kanak perempuan 4 tahun maut jatuh tingkat 29 kondominium
Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, ketika kejadian, mangsa ditinggalkan bersendirian di rumah oleh bapanya dalam keadaan pintu berkunci sewaktu keluar membeli barang.