MAKKAH: "Ibu... dhudhuk ibu, dhudhuk (duduk)! ," "ibu... khalas (cukup)!", Hajjah... maju, maju! , "thoriq ya hajjah!"(keluar), itu antara teriakan biasa yang kedengaran setiap kali jemaah wanita menziarahi Masjid Nabawi, untuk menunaikan solat mahupun ketika menziarahi Raudah.
Di sebalik niqab yang hanya menampakkan sepasang mata tajam memerhati tingkah laku serta gelagat para jemaah, tiada siapa menyangka dalam kelibat petugas yang majoritinya berasal dari Arab Saudi, terselit dua beranak yang berasal dari Malaysia menjalankan tugas menjaga Raudah serta Masjid Nabawi.
Bagi Zuraini Mukri, 46, dari Selayang, Selangor bertugas lebih tujuh jam sehari di Raudah dan Masjid Nabawi sejak setahun lalu, memberi peluang kepadanya untuk berada lebih dekat dengan Rasulullah SAW, selain dapat melihat pelbagai gelagat manusia dari setiap pelosok dunia.
"Setiap hari, kerja saya akan melibatkan beberapa tugasan, sama ada di kaunter penerangan, di dalam kawasan Raudah atau kawasan lain sekitar Masjid Nabawi.
"Tanggungjawab saya lebih melibatkan kerja penterjemah untuk jemaah dari Indonesia, Malaysia, Brunei dan Thailand. Saya akan pastikan pengunjung mendapat maklumat lengkap dan patuh kepada arahan sewajarnya, apabila memasuki Raudah dan Masjid Nabawi," kata ketika ditemui petugas media baru-baru ini.
Ibu kepada lapan orang anak itu yang kini menetap di Madinah bersama suaminya Dr Noordin Othman, 53, berkata berhadapan dengan pelbagai gelagat jemaah, memerlukan dirinya sentiasa sabar dan adil dalam melayan tetamu di masjid yang penuh barakah itu.
"Saya selalu ingatkan diri saya, ada pelbagai karakter jemaah yang datang ke sini. Jadi saya perlu melayan mereka seperti biasa dan sama adil," katanya.
Menceritakan pengalamannya menjaga Raudah, Zuraini berkata ada dalam kalangan jemaah lebih tertumpu untuk mengambil video serta berswafoto, sedangkan masa yang terhad diperuntukkan untuk menziarahi 'taman syurga' itu, seharuskan difokuskan untuk berdoa dan solat sunat.
"Ada antaranya yang terus merakam video, berswafoto dan memuat naik dalam media sosial terlebih dahulu apabila diberi peluang untuk memasuki Raudah, walhal masa yang diberikan untuk beribadat dalam Raudah sangat suntuk," jelasnya.
Sementara itu anaknya Nur Afrina Noordin, 20, yang turut bekerja di Masjid Nabawi dan Raudah berkata tugasnya di situ banyak mengajarnya mengenai ilmu kehidupan.
"Alhamdulillah, saya diberi peluang melihat dan mempelajari banyak ilmu tentang pelbagai ragam manusia yang datang ke sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
![Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715738818_NiniUmmuNur.jpg)
Zuraini berkata, setiap hari, kerja beliau melibatkan beberapa tugasan, sama ada di kaunter penerangan, di dalam kawasan Raudah atau kawasan lain sekitar Masjid Nabawi. - Foto Facebook/Nini UmmuNur
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.
![Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739914081_TBVolodymyrZelenski.jpg)
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia
Ukraine enggan orang lain buat keputusan di belakang mereka, tiada keputusan boleh dibuat tanpa Ukraine mengenai bagaimana untuk menamatkan perang di Ukraine.
Israel berdegil enggan undur tentera dari selatan Lubnan
Tentera Israel masih mengekalkan pasukannya di lima pos tentera di selatan Lubnan, walaupun melepasi tarikh akhir pengunduran yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata pada Selasa.
Mesir anjur sidang kemuncak tergempar arab pada 4 Mac
Mesir pada selasa mengesahkan akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak tergempar arab pada 4 Mac bagi membincangkan pelan pemulihan semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.
![WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712654529_TedrosAdhanomGhebr.jpg)
WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.
![PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739919372_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Anwar tiba Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.
![Israel berdegil, enggan undur tentera dari selatan Lubnan Israel berdegil, enggan undur tentera dari selatan Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739915570_TBIsraelLebanon.jpg)
Israel berdegil, enggan undur tentera dari selatan Lubnan
IDF akan kekal di pos tersebut untuk memastikan tiada ancaman kepada penduduk Israel.
![Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739914780_TBIsraelMideastWars.jpg)
Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza
Israel dijangka menerima mayat empat tebusan dari Gaza dan sedang berusaha membawa pulang enam lagi tebusan yang masih hidup Sabtu ini.
![Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715738818_NiniUmmuNur.jpg)
Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi
Dalam kelibat petugas di Raudah dan Masjid Nabawi yang majoritinya berasal dari Arab Saudi, terselit dua beranak berasal dari Malaysia.