KANGAR: Seorang ibu bersama anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) nyaris maut akibat dipanah petir dalam kejadian di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat, di sini pada Isnin.
Dalam kejadian jam 7 malam itu mangsa, Nor Lelawati Abu Bakar, 39, baru selesai menjemput anaknya Muhamad Azizul Jaafar, 8, dari rumah jirannya yang terletak kurang 50 meter dari rumah mereka.
Menurut Nor Lelawati, ketika itu mereka sedang berjalan kaki dalam hujan renyai dan tiba-tiba dia terdengar dentuman kuat berserta cahaya terang.
“Tiba-tiba saya terpelanting ke hadapan terasa seolah-olah dihentak dengan benda berat dari belakang.
“Saya terasa badan saya sangat panas ketika itu dan nampak anak saya turut jatuh tertiarap tidak sedarkan diri sebelum saya sendiri pengsan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat, di Simpang Empat, di sini hari ini.
Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, anak sulungnya yang menyedari kejadian berkenaan segera mendapatkan bantuan suaminya, Jaafar Saidin, 65 dan beberapa lagi pekerja tapak semaian berhampiran rumahnya.
“Saya memang tidak sedar langsung selepas itu, hanya sedar ketika berada dalam kereta suami semasa dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.
“Malah, saya diberitahu Muhamad Azizul juga tidak sedarkan diri dan hampir keseluruhan badannya melecur terbakar namun mujurlah dia kembali bernafas ketika sebuah lagi kereta yang membawanya itu menghampiri hospital,” katanya.
Nor Lelawati disahkan mengalami trauma tanpa sebarang kecederaan serius manakala anaknya pula melecur 25 peratus bahagian badan terutama sekitar leher, perut dan kaki kiri.
Disebabkan kecederaan serius itu, Muhamad Azizul terpaksa ditidurkan semula sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi menjalani pemeriksaan lanjut pakar kulit awal pagi ini.
Muhamad Azizul kini berada dalam keadaan stabil manakala Nor Lelawati pula masih berasa sakit pada bahagian dada terutama ketika bernafas.
Sementara itu, anak sulung Nor Lelawati, Amirizal, 32, berkata ketika kejadian dia dan rakannya sedang membetulkan atap di kilang membakar sekam yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
“Semasa kejadian, kami ternampak cahaya putih menyambar kawasan yang dilalui ibu dan adik diikuti dentuman seperti letupan mercun.
“Selepas itu kami nampak ibu dan adik rebah di atas tanah," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Dec 05 2023

Amirizal menunjukkan lokasi kejadian adiknya dipanah petir ketika berjalan bersama ibu mereka. - Gambar/ Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Anak melecur, hampir maut dipanah petir, ibu cerita punca kejadian
Seorang ibu bersama anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) nyaris maut akibat dipanah petir dalam kejadian di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat, di sini pada Isnin.