ALOR SETAR: Ketika dunia teknologi semakin berkembang anak muda Muhammad Azim Azizan, 24, masih mempercayai wujudnya nilai sentimental amalan menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya dilakukan secara pos yang jarang dilakukan oleh golongan muda.
Muhammad Azim berkata, amalan itu menjadi kemestiannya sejak kecil kerana budaya tersebut dianggap mampu mengeratkan lagi hubungan erat antara satu sama lain.
Katanya, golongan muda lebih gemar menghantar ucapan menerusi laman sosial seperti WhatsApp, Facebook, Twitter mahupun masej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Menurutnya, keunikan kad ucapan Hari Raya ia boleh disimpan sehingga ke akhir hayat tetapi ucapan melalui di media sosial pula tidak bertahan lama malah akan hilang jika terpadam atau telefon rosak dan sebagainya.
Baginya menghantar kad raya secara pos sangat klasik dan mempunyai nilai estetika tersendiri.
Zaman teknologi ini zaman maju, banyak gunakan media sosial seperti Facebook dan WhatsApp untuk lagi cepat nak bagi cara sebegini ini.
"Untuk kita menghantar kad raya ni perlu diteruskan jangan sampai sekerat jalan sahaja sebab kad raya ini dari dulu lagi turun-temurun," katanya.
Jelas Muhammad Azim, untuk memenuhi minatnya itu, dia sanggup membelanjakan lebih RM300 untuk membeli kad Hari Raya serta setem.
Katanya, dia akan mencari kad raya terbabit di kedai buku sekitar Alor Setar dan Jitra untuk dibeli.
Baginya tulisan tangan dengan susunan ayat serta pantun seloka pada kad raya berkenaan memberi seribu satu sejarah yang tidak akan dilupakan.
"Apabila kita dapat macam itu, kenangannya tidak hilang," katanya.
Kini dia sudah mengumpul lebih 1,000 keping kad ucapan Hari Raya sejak mula menyimpannya pada tahun 2017 ketika masih bersekolah.
Katanya, selain daripada rakan dan saudara-mara, dia pernah menerima ucapan balas kad raya daripada golongan kenamaan, pejabat kerajaan dan paling mengejutkannya diterima daripada Sultan Brunei.
Jelas anak ketiga dari empat adik beradik ini, dia tidak pernah berkecil hati kerana ada di antara kirimannya tidak dibalas.
"Keunikan sampul setiap negeri, setiap orang dia lain. Itu yang cantik. Yang paling cantik daripada luar negara iaitu Sultan Brunei.
"Sultan Brunei ada hantar ucapan Selamat Hari Raya dengan tanda tangan sendiri dengan pen. Kita boleh tengok yang mana original, yang mana yang print. Baginda hantar guna tanda tangan yang tulen," katanya.
Minat Muhammad Azim diinspirasikan oleh bapanya Azizan Haroon, 58, yang menyimpan banyak koleksi kad raya dan menghantar kad raya ketika dia masih kecil.
Menurut Azizan, dia memberi galakan kepada minat anaknya itu.
Katanya, dia mula menyimpan kad raya ketika zaman muda sekitar tahun 1970-an dan pada waktu itu tradisi menghantar dan membalas kad raya sangat meriah.
"Saya mula kumpul hantar kad-kad raya ini sebab dulu murah semua guna untuk mengeratkan tali silaturrahim dengan kawan-kawan dengan sedara-sedara, adik-beradik semua.
"Saya juga salah seorang peminat kumpul koleksi-koleksi seperti ini sampailah sekarang," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Apr 18 2022

Antara koleksi kad Hari Raya yang dikumpul Muhammad Azim. - Astro AWANI

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Agong gemar utus kad raya, lebih unik dan sangat klasik
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook, Sultan Ibrahim dilihat berkenan untuk menandatangani 200 kad ucapan semalam.

Adza Danial kekal tradisi 'berbalas' kad raya dengan Raja-Raja Melayu, kenamaan
Pada awalnya, Adza Danial beranggapan tidak mungkin kerabat diraja dan orang kenamaan sudi membalas kad rayanya.

Rindulah... ini 5 kenangan raya dulu-dulu yang tidak dapat dilupakan
Mari kita imbau kenangan raya dulu-dulu yang mungkin telah hilang pada hari ini.

Menjelang Syawal: Tradisi hantar kad raya imbau nostalgia
Bagi umat Islam ini merupakan peluang untuk 'buang yang keruh, ambil yang jernih' iaitu dengan membudayakan kiriman ucapan dan berbalas-balas kad ucapan raya.

Kiriman kad raya hidupkan nostalgia Aidilfitri
Bagi seorang kerani, Juliana Hamdan, sambutan Aidilfitri pasti tidak akan lengkap sekiranya tidak meneruskan tradisi menghantar kad raya kepada saudara mara dan rakan.

Kad raya pintar; pencetus suasana kemeriahan Hari Raya Aidilfitri
Penggunaan kad raya tidak lagi mendapat sambutan seperti suatu masa dahulu, dan pasti anda merindukan momen-momen, saat anda menulis kad raya untuk dikirimkan kepada keluarga dan sahabat handai.

Kad Raya tetap di hati
Ternyata tradisi mengirim Kad Raya secara pos masih menjadi pilihan sebahagian besar yang diminta memberi pendapat, laporan oleh Melati Mohd Ariff.