Kesukaran segelintir anak muda mendapat pekerjaan di negara ini bukan kerana mereka memilih atau meminta gaji yang tidak realistik.
Demikian ujar Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berkata laporan terbitan Institut Kajian Khazanah berjudul “School-to-Work Transition of Young Malaysians” telah membuktikan semua dakwaan tersebut tidak sahih.
“Malah, anak muda Malaysia sanggup untuk mengambil pekerjaan yang lebih rendah dari kelayakan mereka. Berbeza dengan tanggapan biasa, anak muda sanggup untuk mengambil pekerjaan 3D (dirty, difficult, dangerous),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syed Saddiq berkata laporan itu mendapati 95% graduan muda mempunyai kelayakan lebih tinggi daripada pekerjaan mereka, manakala hampir 50% bekerja di sektor kemahiran rendah walaupun mempunyai kemahiran yang lebih tinggi.
“Masalah sebenarnya adalah anak muda Malaysia dibayar rendah, pada masa sama kos sara hidup yang meningkat, yang menjadi beban kepada belia hari ini,” katanya sebelum menambah beliau akan membangkitkan isu ini di dalam Mesyuarat Kabinet.
Syed Saddiq turut menggesa sektor korporat sepatutnya menstrukturkan semula skim gaji mereka.
“Jika kita tidak berbuat demikian, saya risau anak muda Malaysia akan terpaksa mencari peluang kerja di tempat lain,” katanya.
Laporan “School-to-Work Transition of Young Malaysians” yang diterbitkan pada Rabu antara lain menggariskan 11 dapatan utama, termasuk ketidakseimbangan antara kemahiran graduan dan permintaan majikan, graduan dan ibu bapa kurang gemar menceburi Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), dan semakin ramai anak muda gemar meneroka bidang kerja baru dan tidak konservatif dalam sektor digital.
Luqman Hariz
Fri Dec 14 2018
Syed Saddiq berkata beliau akan membangkitkan isu gaji tidak memadai ini di dalam Mesyuarat Kabinet. - Gambar fail
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata Gaza
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
'Ubah persepsi pendidikan TVET pengajian kelas kedua'
Bajet 2022 wajar mengambil kira kemampuan golongan belia di negara ini dalam sektor 3D.
Kucing bersaiz 154.5 meter persegi peneman orang awam lalu-lalang di Shinjuku
Sebuah papan tanda iklan yang bersaiz 1,664 kaki persegi di daerah Shinjuku, Tokyo memaparkan seekor kucing 3D yang seakan-akan nyata.
Bidang berkait teknologi akan dapat permintaan tinggi - Muhyiddin
Minat generasi baru perlu dipupuk untuk menceburi bidang berkaitan teknikal meskipun ia kerap dikaitkan dengan istilah 3D iaitu Dirty, Difficult and Dangerous.
Perkukuh STEM dan TVET, lahir lebih ramai pemimpin dalam kalangan warga teknikal
Minat generasi baharu dalam bidang teknikal terutamanya kejuruteraan perlu dipupuk, sekaligus membuang persepsi negatif yang melingkarinya.
MPOA sambut baik Pelan Rekalibrasi PATI, tampung kekurangan tenaga kerja
MPOA menyambut baik tawaran kerajaan berhubung Program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang meregularisasikan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.
Hebatnya teknologi, tempurung kepala pun boleh diganti
Muhammad Azrul Mohamad Rani, namanya mungkin tidaklah dikenali namun mungkin dia adalah antara contoh terbaik insan yang menerima manfaat daripada kecanggihan teknologi.
Transformasi segera sektor pertanian, pelancongan mampu kurangkan pengangguran di Sabah
Penganalisis ekonomi, Dr Madeline Berma berkata pembangunan secara mampan di negeri itu, sekali gus dapat mengurangkan kadar pengangguran di Sabah yang ketika ini mencatatkan 5.8 peratus.
Perak mahu hasilkan tangan palsu bantu OKU
Sehingga kini lebih 60 tangan prototaip elektronik cetakan 3D yang berharga antara RM5,000 hingga RM10,000 seunit berjaya dihasilkan.
Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal rangkul Anugerah Filem Cetera Terbaik di Festival ANIMAZE 2019
Filem animasi tempatan Upih dan Ipin: Keris Siamang Tunggal berjaya merangkul Anugerah Filem Cetera Terbaik dalam Festival Animasi Antarabangsa 2019 di Montreal, Kanada pada 4 September lalu.
Anak muda tak memilih, sanggup ambil kerja 'dirty, difficult, dangerous' - Syed Saddiq
Kesukaran segelintir anak muda mendapat pekerjaan di negara ini bukan kerana mereka memilih atau meminta gaji yang tidak realistik.