GEORGE TOWN: Kepayahan ibu bapa yang bekerja sebagai pemandu teksi dan tukang cuci mendorong Nurhafizah Abdul Raseed untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya memperoleh keputusan cemerlang pada peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.
Nurhafizah, 20, anak bongsu daripada dua beradik itu merupakan seorang daripada lapan pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin (KTEHZA) yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0.
Beliau berkata bapanya Abdul Raseed M. Abdul Karim, 57, menyara keluarga dengan bekerja sebagai pemandu teksi manakala ibunya Hasnah Hashim, 56, merupakan tukang cuci.
"Ibu bapalah yang menjadi inspirasi kepada saya kerana mereka bukan dari latar belakang berpendidikan tinggi. Mak hanya belajar setakat Tingkatan Lima dan ayah pula Tingkatan Tiga saja.
"Tambahan lagi, mereka telah bersusah payah membesarkan saya termasuk mencari duit untuk saya menyambung belajar, jadi, saya nekad untuk buat yang terbaik dalam peperiksaan kerana mahu mengubah nasib keluarga," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan STPM di sini, semalam.
Bercerita mengenai cabaran ketika belajar, Nurhafizah memberitahu perkara utama yang sering menjadi kekangan adalah dari segi kewangan namun beliau bersyukur kerana mempunyai guru yang sentiasa menyokong dan menghulurkan bantuan.
Malah, gurunya juga menasihati beliau supaya menduduki peperiksaan ulangan ketika semester satu dan dua bagi memperbaiki keputusan sehingga akhirnya berjaya menamatkan pengajian tingkatan enam dengan PNGK 4.0
Beliau yang berasal dari Sungai Pinang itu bercita-cita menjadi seorang pendidik dan kini menunggu panggilan menyambung pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang perakaunan.
Sementara itu, seorang lagi pelajar cemerlang KTEHZA yang turut memperoleh PNGK 4.0, Amsyar Muawiyah Mohd Sofi, 20, berkata beliau tidak menjangkakan meraih keputusan itu kerana hanya mendapat 3.8 mata ketika semester tiga.
"Selain guru, saya berterima kasih kepada ibu, Marziah Ismail yang telah bekerja keras selama ini sebagai tukang cuci di mahkamah dengan pendapatan RM1,500 untuk membesarkan saya dan adik yang kini berusia 18 tahun.
"Ibu selalu pesan kamilah yang menjadi harapan keluarga dan minta belajar elok-elok selepas ayah meninggal secara mengejut akibat masalah jantung ketika saya berusia 16 tahun, jadi, kejayaan hari ini saya dedikasikan khas untuk ibu," katanya yang memasang impian menjadi seorang guru.
Terdahulu, Timbalan Pengarah Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang Roland@Rozaidi Abu Hassan berkata seramai 70 calon di negeri ini memperoleh PNGK 4.0.
Beliau berkata sebanyak 1,743 calon sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) telah menduduki peperiksaan STPM 2023 tidak termasuk calon persendirian dan daripada jumlah itu, 1,727 calon layak mendapat sijil.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Nurhafizah berkata, perkara utama yang sering menjadi kekangan adalah dari segi kewangan namun dia bersyukur punyai guru yang sentiasa menyokong dan menghulurkan bantuan. - Foto BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Anak buruh kampung catat PNGK 4.00, anggap laluan STPM peluang cerah ke universiti
Ia diharap menjadi langkah permulaan untuk Muhammad Syahid memenuhi impian menjadi arkitek suatu masa kelak demi membantu keluarga.

Keluarga jadi inspirasi Muhammad Farriezs untuk muncul pelajar cemerlang STPM
Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata dorongan dan sokongan ibu bapa turut menjadi sumber inspirasi kepadanya untuk tekun belajar.

Anak pemandu teksi, tukang cuci raih keputusan cemerlang STPM 2023
Nurhafizah merupakan seorang daripada lapan pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin yang mendapat PNGK 4.0.

STPM 2023: Peratusan lulus penuh di Perak meningkat
Seramai 3,012 calon peperiksaan STPM 2023 di Perak mencatat keputusan lulus penuh, meningkat 98.21 peratus berbanding tahun sebelumnya.

STPM 2023 catat PNGK Nasional 2.84, tertinggi sejak dilaksanakan
Keputusan STPM 2023 mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional 2.84, tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.