KUALA TERENGGANU: Seekor anak penyu Agar ditemukan mati dipercayai akibat termakan plastik di Pantai Pulau Kerengga dekat Marang pagi tadi.
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat berkata penemuan bangkai penyu itu merupakan kes keempat melibatkan kematian haiwan tersebut sejak awal bulan ini.
"Tiga kematian (sebelum ini) membabitkan penyu spesies Agar betina dewasa yang disebabkan lemas terperangkap dalam pukat.
"Kes pertama ditemukan pada 3 Jan lepas di Pantai Penunjuk dekat Kijal di Kemaman diikuti kes kedua dan ketiga masing-masing di Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus dan Pelabuhan Chendering di sini semalam," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata pihaknya merekodkan 51 kes kematian penyu sepanjang tahun lepas dan menasihati orang awam agar segera menghubungi Pejabat Perikanan Daerah terdekat atau talian 03-8888 5019 jika menemukan penyu sama ada dalam keadaan masih hidup atau sudah mati.
Mohd Afendy Abd Aziz, 41, pula berkata beliau ternampak bangkai haiwan itu ketika bersiar-siar di kawasan pantai bersama anaknya.
"Memang saya suka luangkan masa di tepi pantai namun tak sangka pula terjumpa bangkai penyu di sini. Saya perhatikan ada sisa plastik terkeluar daripada mulut penyu itu dan luka di sebelah kanan mungkin kesan cedera akibat terperangkap dalam pukat.
"Saya tak tahu nak maklum kepada siapa tentang penemuan itu jadi saya ambil video dan gambar sebelum muat naik ke Facebook," katanya yang bekerja di syarikat minyak dan gas di sini.
Tidak lama kemudian, beliau dihubungi Jabatan Perikanan yang meminta maklumat terperinci mengenai penyu itu untuk tindakan susulan dan dimaklumkan bahawa videonya sudah tular di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022

Penyu Agar Juvenil (anak penyu) ditemuI mati dipercayai akibat termakan plastik di Pantai Pulau Kerengga hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Anak penyu Agar ditemukan mati termakan plastik di Marang
Seekor anak penyu Agar ditemukan mati dipercayai akibat termakan plastik di Pantai Pulau Kerengga dekat Marang pagi tadi.