Polis mengesahkan seorang anak kenamaan (VIP) antara 29 pengunjung yang ditahan sebuah pub di Taman Tun Dr Ismail, di sini, yang disyaki melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Sabtu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan jam 1.20 pagi itu, polis menahan 20 lelaki dan sembilan wanita yang berada di premis tersebut yang beroperasi melebihi had masa dibenarkan dalam tempoh PKPP.
"Kita turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai pengurus premis, seorang lelaki warga Bangladesh dan tiga wanita warga Filipina disyaki pekerja premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Mazlan berkata, siasatan lanjut mendapati premis tersebut beroperasi tanpa lesen perniagaan sah.
"Selain itu, kita membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan pemilik premis menggaji warganegara asing dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
"Selain itu kes turut disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 76 Akta Eksais 1976 dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(no.7) 2020," kata beliau lagi.
Beliau berkata, keempat-empat suspek warga asing yang berusia dalam lingkungan 33 hingga 52 tahun itu ditahan reman selama 14 hari bermula 22 Ogos sehingga 4 September 2020 untuk siasatan lanjut.
"Seramai 29 individu berusia dalam lingkungan 21 hingga 48 tahun itu dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang," katanya.
Tambah Mazlan, pihaknya tidak mengamalkan double standard dan tidak sesekali berkompromi terhadap mana-mana individu termasuk anak VIP tersebut yang didapati melakukan kesalahan melanggar PKPP.
"Mereka dikenakan tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang ditetapkan," tegas beliau.
Sinar Harian
Wed Aug 26 2020
![Anak VIP dikompaun langgar PKPP di pub Anak VIP dikompaun langgar PKPP di pub](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81592017013_MazlanLazim.jpg)
Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan jam 1.20 pagi itu, polis menahan 20 lelaki dan sembilan wanita yang berada di premis tersebut yang beroperasi melebihi had masa dibenarkan dalam tempoh PKPP. - Gambar fail/BERNAMA
![THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491696_THT.jpg)
THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.
![Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491200_TFC.jpg)
Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
![Anak VIP dikompaun langgar PKPP di pub Anak VIP dikompaun langgar PKPP di pub](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81592017013_MazlanLazim.jpg)
Anak VIP dikompaun langgar PKPP di pub
Polis turut menahan 29 individu lain yang berada di premis tersebut yang beroperasi melebihi had masa dibenarkan dalam tempoh PKPP.