KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak yatim piatu hanya mampu memeluk batu nisan sambil memanggil-manggil adiknya di tanah perkuburan bagi melepaskan kerinduan terhadap tiga ahli keluarga yang terkorban termasuk ibu bapa dalam nahas jalan raya di Perak tiga tahun lalu.
Anak sulung itu, Muhammad Fariz Iskandar Mohamad Faiz, 6, yang cedera parah dalam kejadian tersebut kini pulih namun hanya mampu bergerak dengan cara mengesot dan perkembangannya menjadi perlahan termasuk bercakap.
Nenek kanak-kanak itu, Che Senah Che Awang, 65, berkata, mereka akan menziarahi kubur arwah anak lelakinya, Lans Koperal Mohamad Faiz Bakhari, 28, bersama isteri, Nik Iedayu Nik Hassan, 27, dan anak bongsu mereka, Muhammad Faqih Irsyad, 16 bulan, setiap kali menyambut perayaan Aidilfitri.
“Muhammad Fariz Iskandar akan duduk dekat kubur sambil peluk dan usap batu nisan. Semasa kejadian, dia tidak tahu apa-apa kerana baru berusia tiga tahun tetapi mengenali uniform arwah bapanya dan menyuruh supaya baju itu digantung dengan baik.
“Saya sendiri masih lagi mengalirkan air mata jika terkenangkan tragedi itu. Saya akan ke kubur pada setiap Jumaat dan terbayang-bayang kalau tak ziarah kubur mereka,” katanya ketika ditemui semasa Program Prihatin Keluarga Angkat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan di Kampung Jambu, di sini, pada Selasa.
Dalam kejadian tragis pada 13 Februari 2020 itu, tiga beranak terbabit dan kakak Nik Iedayu, Nik Ifeka, 28, maut di tempat kejadian selepas kereta jenis Proton Saga dinaiki bertembung dengan sebuah treler bahan binaan yang terbabas ke laluan bertentangan di KM37, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Kampung Salak Stesyen, Sungai Siput, Perak.
Dalam kejadian jam 10.20 malam itu, Muhammad Fariz Iskandar parah dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh selama 28 hari.
Lebih menyayat hati, Nik Iedayu ketika itu mengandung dua minggu.
“Anak bongsu saya, Muhammad Fariz Izwan, 21, yang kini menjaga Muhammad Fariz Iskandar. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dia tidak sambung belajar kerana perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada anak saudaranya itu.
“Dia juga yang menemani Muhammad Fariz Iskandar sepanjang berada di prasekolah kerana kanak-kanak itu perlu menggunakan kerusi roda dan dibantu untuk makan serta membuang air,” ujar Che Senah.
Menurutnya, Muhammad Fariz Iskandar kini mengikuti Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Tanjung Mas dan amat penyayang terhadap kanak-kanak yang lebih kecil.
Dalam pada itu, Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, arwah ibu bapa kanak-kanak itu ialah pencarum Perkeso dan melayakkan Muhammad Fariz Iskandar menerima Pencen Penakat.
“Muhammad Fariz Iskandar menerima Pencen Penakat arwah ibu RM532 dan RM445 bagi arwah bapa sehingga 21 tahun.
“Jika Muhammad Fariz Iskandar tidak mampu mengurus diri, Pencen Penakat akan diteruskan hingga ke akhir hayat kanak-kanak itu,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 12 2023

Muhammad Fariz yang cedera parah dalam kejadian tersebut kini pulih namun hanya mampu bergerak dengan cara mengesot dan perkembangannya menjadi perlahan. - Gambar/ Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Uncle Mike terima anugerah Maulidur Rasul
Tindakan Tong menjaga Rafie Ahmad Fauzi dan dua adiknya sejak 2008 disifatkan sebagai memartabatkan nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Kelantan teliti bantuan kepada pelajar cemerlang SPM jaga ibu hingga akhir nyawa
Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, pihaknya sudah mendapatkan maklumat berkaitan keadaan pelajar itu, Muhammad Syahril Saidi, 18, yang kini tinggal di rumah sewa sejak beberapa tahun lalu.

Anak yatim piatu peluk batu nisan lepas rindu ahli keluarga maut nahas
Seorang anak yatim piatu hanya mampu memeluk batu nisan sambil memanggil-manggil adiknya di tanah perkuburan bagi melepaskan kerinduan terhadap tiga ahli keluarga yang terkorban dalam kemalangan.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Anak tunggal jadi yatim piatu sekelip mata
Pasangan suami isteri, M Yulianton dan Devi Ratna antara mangsa yang terkorban dalam dalam rusuhan penyokong ketika aksi Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan.

Raya yang suram bagi dua remaja kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
Sambutan Hari Raya tahun ini memancarkan sinar gembira tidak terhingga kepada orang ramai yang menyambutnya, kerana kini mereka dapat pulang ke kampung halaman bertemu orang yang dirindui.

Hasrat pakai sedondon dengan ibu bapa tak kesampaian
Hasrat lima beradik di Taman Sunggala di sini untuk memakai pakaian sedondon bersama ibu bapa tidak kesampaian selepas kedua-duanya meninggal dunia akibat COVID-19 tahun lalu.

Nasib pelarian yatim piatu di negara perang
Kesan perang terhadap kanak-kanak Syria dianggap yang paling dahsyat pernah terjadi dalam sejarah.

Suami isteri maut nahas, dua anak yatim piatu sekelip mata
Anak mereka lelaki berusia lapan tahun dan perempuan berusia enam tahun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Yatim piatu akibat COVID-19: 'Institusi' merupakan pilihan terakhir - Pakar
Prof. Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata ahli keluarga terdekat merupakan sistem sokongan terbaik kepada mereka.

Rindu ibu ayah, ayam masak merah jadi kenangan berbuka 5 beradik yatim piatu
Ayam masak merah menjadi kenangan bagi lima beradik yatim piatu setiap kali berbuka puasa setelah kehilangan ibu bapa tersayang yang maut dalam kemalangan akibat dilanggar pemandu dipercayai mabuk.