PENULARAN pandemik COVID-19 telah mendedahkan realiti kerentanan kesejahteraan hidup dan boleh meningkatkan ketidaksamaan rakyat Malaysia dalam bentuk baharu, iaitu kemiskinan digital suatu ancaman baharu dijangka akan mengeruhkan lagi perbahasan realiti inklusiviti dan eksklusiviti digital di Malaysia.
Jika sebelum ini kita asyik membahaskan tentang jurang digital antara wilayah dan strata masyarakat, rupa-rupanya jurang digital mula membarah sehingga membentuk kemiskinan digital pula.
Apa itu kemiskinan digital? Ia boleh difahami sebagai individu atau isi rumah yang tidak mampu atau rendah dari aspek 1) pengetahuan tentang teknologi digital, 2) keupayaan untuk guna teknologi digital, 3) akses kepada kemudahan digital, dan 4) keterhadan penyediaan teknologi digital.
Keadaan tersebut boleh difahami dalam tiga senario, iaitu senario pertama, kelompok yang sedia miskin. Pendapatan mereka hanya mencukupi untuk perkara yang benar-benar menjadi keperluan hidup sahaja dan tidak berupaya untuk menyediakan peralatan digital.
Senario kedua, pengetahuan yang terhad untuk menggunakan teknologi digital, bukan kerana mereka menolaknya, tetapi memanifestasikan pengetahuan teknologi digital yang hanya pada tahap tertentu dan rendah kekerapan penggunaannya. Juga disebabkan keterhadan upaya untuk memperoleh teknologi digital tertentu, perlu berkongsi peralatan digital dengan isi rumah yang lain dan sikap terhadap teknologi digital. Senario ketiga, ketersampaian dan kualiti teknologi digital.
Keadaan ini sudah pasti bukan hanya berlaku di luar bandar sahaja, tetapi turut berlaku di bandar. Malah hakikatnya lebih pedih berlaku pada kelompok miskin bandar dan berpendapatan rendah di bandar. Mereka sudah pasti terkesan kerana menurut hasil kajian Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) yang dilaksanakan ke atas 16 Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur, gaji purata bulanan ketua isi rumah menurun satu pertiga kepada RM1,000 sebulan sejak PKP dilaksanakan.
Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Universiti Malaysia Kelantan, majoriti masyarakat bimbangkan keupayaan untuk memperoleh keperluan asas disebabkan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Dengan keadaan tersebut, sudah pasti menyebabkan mereka akan mengurangkan perbelanjaan yang tidak terlalu perlu, termasuklah peralatan digital.
Dengan mempertimbangkan realiti semasa yang banyak bergantung kepada teknologi digital, termasuklah penumpuan Malaysia pada ekonomi digital, telah meletakkan kelompok miskin digital dalam dilema. Mereka bukan sahaja tidak mampu untuk turut serta dalam aktiviti ekonomi, tetapi juga akan membantut usaha untuk mengubah hidup mereka.
Miskin digital turut mengurangkan kemampuan mereka untuk terlibat dalam aktiviti lain. Dalam konteks pembelajaran dan pengajaran (PdP) misalnya, COVID-19 telah mempercepatkan lagi penggunaan teknologi digital dalam PdP. Sisi baiknya ialah PdP dilaksanakan dalam bentuk yang lebih fleksibel, namun telah menekan golongan yang berhadapan dengan kemiskinan digital. Dengan kemampuan kewangan terhad, kekangan pengetahuan, sikap tidak tepat pada teknologi digital, azam yang lemah dan ditimpa pula dengan kesukaran untuk akses kepada kemudahan digital, sudah pasti mereka akan terus ketinggalan ke belakang.
Jabatan Perangkaan Malaysia (2020) menunjukkan bahawa saban tahun berlakunya peningkatan penggunaan Internet dan peralatan berkaitan digital oleh rakyat Malaysia. Momentum ini diteliti dari sisi positifnya sebagai peluang untuk Malaysia merancang dan melaksanakan strategi yang lebih ampuh untuk meneroka serta memanfaatkan ekonomi digital.
Malaysia memang sedar bahawa jurang digital masih berlaku, lantas memperkenalkan pelbagai strategi seperti memperkenalkan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Dengan peruntukan awal RM500 juta, JENDELA dirangka untuk memperluaskan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar serta mempersiapkan negara ke arah teknologi 5G.
Sempena dengan ancaman kemiskinan digital, adalah tepat sekiranya JENDELA ditumpukan kepada kawasan yang mengalami kemiskinan digital. Antara kandungan tumpuan yang boleh dipertimbangkan ialah menekankan elemen pembinaan kapasiti untuk menggunakan teknologi demi manfaat ekonomi, sosial, sahsiah dan pendidikan masyarakat. Secara khususnya boleh dihubungjalinkan dengan program dalam Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC). Hubungjalin ini boleh diperkasakan lagi melalui konsep perusahaan sosial yang menggalakkan penyertaan masyarakat sivil dan pemegang taruh lain berasaskan potensi mereka. Usaha ini mampu mewujudkan ekosistem perusahaan sosial baharu yang dikenali sebagai “perusahaan sosial digital”.
Juga mungkin boleh diwujudkan satu inisiatif rangsangan digital khas untuk kelompok miskin digital seperti memperbanyakkan lagi kawasan liputan Internet percuma dengan kualiti yang ;lebih baik, pakej Internet khas berbayar untuk kelompok miskin digital, memperbanyakkan lagi saluran pembelajaran melalui teknologi digital, rebat digital untuk memiliki serta menggunakan teknologi digital untuk peningkatan kualiti hidup dan sebagainya.
Inisiatif tersebut mempunyai tiga lapis matlamat, iaitu membasmi kemiskinan digital, mengurangkan jurang digital dan meningkatkan keupayaan untuk terlibat secara serius dalam masyarakat digital yang bakal memberi manfaat dalam bentuk sahsiah, sosial, pendidikan dan ekonomi untuk kelompok miskin digital di Malaysia.
*Penulis adalah Pengarah Institut penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) Universiti Malaysia Kelantan dan Felo Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU)
**Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Prof Madya Dr Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail
Fri Dec 11 2020
Kemiskinan digital bukan hanya berlaku di luar bandar sahaja, tetapi turut berlaku di bandar. -Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam
Bersama Muhammad Sha’ani Abdullah, Setiausaha Kehormat Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia membincangkan tentang tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam.
Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.
Hamas hargai negara Asia Tenggara sokong pembebasan Palestin
Ahli biro politik Hamas, Khalil al-Hayya memuji pendirian terhormat Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
FAMA tingkat pembelian kelapa tua dari Indonesia
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, langkah proaktif itu juga untuk memastikan bekalan mencukupi bagi kegunaan domestik terutama menjelang musim perayaan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, langkah proaktif itu juga untuk memastikan bekalan mencukupi bagi kegunaan domestik terutama menjelang musim perayaan.
Setiausaha Agung ASEAN sertai permukiman menteri luar di Langkawi
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai Delegasi Sekretariat ASEAN ke Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (Permukiman AMM), pertama bagi 2025 yang akan diadakan pada 18 hingga 19 Jan di Langkawi, Malaysia.
Penyertaan Kao dalam acara itu adalah atas jemputan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, menurut kenyataan Sekretariat ASEAN pada Khamis.
Penyertaan Kao dalam acara itu adalah atas jemputan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, menurut kenyataan Sekretariat ASEAN pada Khamis.
IJN tonjol kepakaran 'depan' komuniti perubatan global
Pusat Jantung Pediatrik dan Kongenital di Institut Jantung Negara (IJN) terpilih sebagai lokasi siaran langsung untuk Mesyuarat Intervensi A to Z Vietnam, satu daripada perhimpunan kardiologi intervensi kongenital terbesar di ASEAN.
Ia sedang berlangsung di Vietnam dari 15 hingga 17 Januari ini, mengumpulkan pakar-pakar terkemuka dunia dalam penyakit jantung kongenital untuk membincangkan inovasi perubatan terkini.
Ia sedang berlangsung di Vietnam dari 15 hingga 17 Januari ini, mengumpulkan pakar-pakar terkemuka dunia dalam penyakit jantung kongenital untuk membincangkan inovasi perubatan terkini.
Aib PDRM di TikTok, pencuci kereta warga Myanmar didenda RM7,000
Seorang pencuci kereta warga Myanmar didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini selepas mengaku bersalah mengaibkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aplikasi TikTok, tahun lepas.
MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
Kementerian Pertahanan (Mindef) memfokuskan tiga perkara untuk diberikan perhatian dalam usaha menjayakan Kepengerusian ASEAN yang akan berlangsung di Malaysia pada tahun ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Mindef perlu memastikan sepanjang tempoh kepengerusian ASEAN, tidak berlaku sebarang peningkatan ketegangan atau pergeseran yang berpotensi membawa kepada konflik serantau.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Mindef perlu memastikan sepanjang tempoh kepengerusian ASEAN, tidak berlaku sebarang peningkatan ketegangan atau pergeseran yang berpotensi membawa kepada konflik serantau.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
KUPPutra, Raydiates Blue bantu usahawan PKS
Kelab Usahawan Putrajaya komited membantu usahawan melalui penganjuran bazar Aidilfitri iaitu Anjung Syawal di Festival Ramadan Putrajaya.
Teknologi, AI bukan sekadar akses - PM Anwar
Kerajaan menyedari cabaran untuk memastikan ekonomi yang sedang berkembang ini kekal berdaya saing, saksama dan mampan.
[EKSKLUSIF] Menyingkap kepimpinan Tan Sri Rebecca, teraju APEC di tengah cabaran global
Ketika bersiap untuk peralihan kepimpinan APEC hujung tahun ini, Rebecca menyingkap perjalanan kepimpinannya menerusi temu bual eksklusif bersama Astro AWANI.
Indeks Keterangkuman Digital Malaysia bakal dibangun ukur jurang digital
Indeks Keterangkuman Digital Malaysia (MyDID) akan dibangunkan untuk mengukur jurang digital dan membolehkan penyediaan dasar yang bersasar, termasuk pengagihan sumber dan pembangunan bakat.
Inisiatif kampung tanpa tunai giatkan industri pelancongan di Pahang
Langkah itu juga dapat memperluaskan aktiviti ekonomi peniaga dan orang awam melalui platform yang tersedia.
Seramai 31,092 telah dapatkan kad sim internet RM5 sebulan - Fahmi
Inisiatif ini diharap mampu membantu kurangkan beban golongan rentan untuk dapatkan akses internet dengan harga yang murah.
MEASAT-3d mampu tingkat keupayaan capaian internet di bandar, sub-luar bandar - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin pelancaran satelit MEASAT-3d akan meningkatkan keupayaan capaian internet di kawasan bandar dan sub-luar bandar.
Mengurangkan jurang digital bidang berpotensi untuk kerjasama EU, Indo-Pasifik
Teknologi digital diiktiraf sebagai pemacu utama ke arah mencapai pemulihan sosioekonomi yang mampan dan berdaya tahan.
Negara Komanwel perlu bantu kurangkan jurang digital
Dalam usaha pulih daripada COVID-19, negara-negara Komanwel perlu mengambil tindakan secara kolektif untuk mengurangkan jurang digital di antara negara-negara maju dan membangun.
Penubuhan SPV demi pastikan liputan diperbaiki, syarikat penyedia tidak terbeban - MCMC
Pada masa sama penyedia perkhidmatan sedia ada dapat meneruskan usaha pelaksanaan gentian optik serta memperbaiki liputan dan kualiti 4G, jelas MCMC menerusi satu kenyataan.
Ancaman kemiskinan digital di Malaysia
Rupa-rupanya jurang digital mula membarah sehingga membentuk kemiskinan digital pula.