Skip to main content

Malaysia

'Anda tidak berseorangan', status FB TMJ timbul tanda tanya

51438147642_TunkuIsmail.jpg
51438147642_TunkuIsmail.jpg

Advertisement

Pelbagai reaksi warga media sosial dapat dilihat selepas rombakan Kabinet semalam.

Antara yang tidak ketinggalan memberi respon adalah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih mesra disapa TMJ.

Dalam status yang dimuat naik semalam, TMJ bertitah bahawa baginda tekad untuk terus berkhidmat untuk bangsa Johor. Malah menjadi kebanggaan untuk baginda terus berdiri dan berjuang demi bangsa dan negeri Johor.

TMJ Status
Status TMJ dalam laman Facebook Johor Southern Tigers.

Baginda juga meyakinkan pihak yang berkenaan bahawa mereka tidak berseorangan, sebaliknya baginda berada di belakang mereka.

Aspirasi TMJ seperti biasa mendapat sokongan netizen yang kebanyakannya berbangga dengan pendirian bakal pemerintah Johor itu.

Reaksi 1

Reaksi 2

Reaksi 3

Reaksi 4
Antara reaksi netizen.

Biarpun agak samar, namun ramai yang mentafsirkan status tersebut merujuk kepada pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan anak jati Johor, dari jawatan Timbalan Perdana Menteri semalam.

Must Watch Video

Advertisement