"Penjara ini benar-benar menyesakkan jiwa, tapi andai hukuman dan taubat ini mampu menghapus segala dosa, sayalah orang yang paling beruntung."
Itu kata-kata seorang banduan yang telah menjadi penguni penjara sejak 20 tahun lalu bagi meredakan perasaannya apabila mengenang kesilapan lampau.
Banduan itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, berkata dalam tempoh tersebut, dia telah dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh selama setahun pada 2000 sebelum ke Penjara Kajang selama lapan tahun dan kini berada di Penjara Marang selama 12 tahun, iaitu sejak 2008.
Ahmad merupakan satu-satunya pesalah dalam kes Al-Ma'unah yang berada di Penjara Marang dan perlu menjalani hukuman penjara sepanjang hayat. Dia adalah antara 19 anggota kumpulan itu yang dituduh melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong di tiga kawasan di Perak.
Sebelum bertemu Ahmad, penulis membayangkan pesalah ini pastinya mempunyai riak wajah 'ganas' dan susuk tubuh tegap namun ia ternyata meleset apabila yang muncul di depan mata figura bertubuh kecil serta berbicara dengan penuh sopan santun.
Ketika temu bual bersama Bernama, Ahmad berkata sejak berada di penjara dia telah berjaya khatam al-Quran sebanyak 165 kali dan sepanjang bulan Ramadan ini, dia khatam tiga kali.
"Saya memohon untuk masuk ke penjara ini (Marang) bagi memudahkan ibu datang melawat memandangkan saya adalah orang Terengganu. Usia mak dan keadaan terpaksa berulang-alik dengan bas membuatkan hati saya sayu apabila melihat dia datang ke penjara walaupun hanya setahun sekali," katanya.
Di saat membicarakan tentang ibunya, Ahmad dilihat mengalirkan air mata kerana mengenang pesan terakhir insan kesayangannya itu supaya jangan meninggalkan solat dan sentiasa membaca al-Quran malah dia lebih hiba apabila cuba mengingati pengorbanan keluarga terhadapnya.
Sepanjang tempoh di penjara, Ahmad telah kehilangan ayahnya pada 2001 dan ibu pada 2017, iaitu hanya beberapa bulan selepas wanita itu datang melawatnya di penjara.
Menceritakan penglibatan awalnya dalam kumpulan Al-Ma'unah, Ahmad berkata segalanya bermula ketika dia berusia 28 tahun dan terlibat secara aktif dalam seni mempertahankan diri tanpa mengetahui yang kumpulan itu bakal melakukan pemberontakan.
Katanya, beliau hanya sempat berlatih silat selama beberapa bulan sebelum dibawa ke Perak dan kemudian dilatih menggunakan senjata oleh beberapa orang, termasuk ketua kumpulan itu Mohamed Amin Mohamed Razali, yang sudah menjalani hukuman gantung sampai mati.
"Saya dulu hanyalah seorang mekanik dan jurukimpal. Pengalaman menyertai kumpulan itu adalah pengalaman pahit yang takkan saya lupakan meskipun telah hampir 20 tahun berlalu, namun selepas apa yang berlaku, saya tetap bersyukur dan perlu terus positif agar dapat keluar dari sini," katanya.
Berikutan kedudukannya sebagai banduan senior di penjara itu, Ahmad sentiasa menjadi contoh dan rujukan dalam kalangan banduan baharu malah dia merupakan pembuat perabot kayu yang mahir di situ.
Ketelitian hasil tangannya sentiasa mendapat pujian tenaga pengajar dan telah menghasilkan ratusan perabot termasuk katil, almari, cermin hiasan serta kerusi.
"Saya selalu berpesan pada pesalah baharu, terutama yang muda dan terlibat dengan dadah, supaya jangan tinggal solat. Saya kecewa apabila bila lihat mereka berulang kali masuk ke sini. Mereka masih tidak sedar betapa berharganya masih punya ibu bapa dan disayangi keluarga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 19 2020

Ahmad mengalirkan air mata kerana mengenang pesan terakhir ibunya supaya jangan meninggalkan solat dan sentiasa membaca al-Quran. --fotoBERNAMA

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan berlangsung hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan.

Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.

Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media
Teka-teki siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 terus menjadi tanda tanya.

Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu
GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.

Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan
Negara mengalami Parlimen tergantung di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di PRU15 pada 19 November lalu.

Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong
Kira-kira 300 penyokong bekas Perdana Menteri itu diketuai oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia berkumpul di hadapan Istana Negara untuk menyerahkan memorandum berkenaan.

Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation
Seri Paduka berdua turut berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, 'Little Legends'.