KOTA BHARU: Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang melarikan diri ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Op Pengarah JPJ Kelantan di Jalan Kuala Krai - Kota Bharu, di sini, malam tadi.
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, Mohamed Azrin Abdul Wahab, 43, dirempuh sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak kira-kira 9 malam di SJR berhampiran Akademi JPJ Wilayah Timur.
"Kita dah kenal pasti pemilik kereta terbabit berdasarkan nombor pendaftaran dan laporan polis akan dibuat, insya-Allah dengan bantuan polis kita akan buat tangkapan dan kenderaan berkenaan akan disita," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi itu.
Terdahulu, kereta Perodua Kancil yang dipandu seorang lelaki itu dilihat cuba melarikan diri daripada SJR terbabit, namun gagal apabila enjin kereta tiba-tiba gagal berfungsi, lalu seorang anggota JPJ yang berada di bahagian belakang kereta mengarahkan pemandu itu untuk masuk ke dalam kawasan Akademi JPJ Wilayah Timur bagi pemeriksaan lanjut.
Apabila pemandu terbabit berjaya menghidupkan semula enjin kereta, suspek terus meluru ke arah Mohamed Azrin yang berada di hadapan kenderaan itu dan mangsa bertindak melompat ke atas bahagian bonet hadapan kereta sebelum terjatuh di tepi kenderaan itu.
Mengulas lanjut, Mohd Misuari berkata, Mohamed Azrin yang cedera pada tangan dan kaki telah mendapatkan rawatan dan berada dalam keadaan stabil.
Sementara itu, Mohd Misuari berkata Op Pengarah JPJ Kelantan melibatkan 76 JPJ, Jabatan Alam Sekitar Kelantan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan telah melakukan pemeriksan terhadap 569 kenderaan dan 113 telah diambil tindakan.
"Sebanyak 188 notis telah dikeluarkan melibatkan 132 notis saman, notis larangan penggunaan kenderaan (20), notis arah periksa kenderaan (20) dan notis penahanan kenderaan (16)," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024

Seorang anggota penguat kuasa JPJ Kelantan cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang melarikan diri ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Op Pengarah JPJ Kelantan di Jalan Kuala Krai - Kota Bharu, malam tadi. - Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Anggota JPJ cedera dilanggar pemandu lari sekatan jalan raya
Mohamed Azrin Abdul Wahab dirempuh Perodua Kancil berwarna perak kira-kira 9 malam di SJR berhampiran Akademi JPJ Wilayah Timur.