KUALA LUMPUR:Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini, terbunuh akibat ditembak, awal pagi Selasa.
Ketika kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi, mangsa Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.
Difahamkan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar untuk proses bedah siasat sementara mangsa yang cedera pula sedang menerima rawatan di hospital yang sama dengan keadaannya dilaporkan kritikal.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian dan memaklumkan beliau kini dalam perjalanan ke Perlis.
"Saya dalam perjalanan ke Perlis menaiki helikopter polis," katanya ringkas.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut.
Satu sidang media berhubung kejadian dijangka diadakan di Perlis sebentar lagi.
Sementara itu, sumber PGA memaklumkan kejadian mungkin ada kaitan dengan tindakan pihak berkuasa Malaysia mengetatkan kawalan sempadan terutama di Perlis dan Kedah yang menyukarkan pergerakan kumpulan penyeludup.
BACA: Berang kawalan sempadan diperketat, sindiket penyeludupan lepas tembakan
BACA: Anggota PGA nyaris maut diseret kenderaan penyeludup
BACA: PGA tumpas kegiatan penyeludupan ketum di sempadan
BACA: KDN bakal guna pendekatan pos kawalan PGA bergerak di sempadan - Hamzah
BACA: ATM bersama PGA pasang kawat duri di sempadan elak bolos
BACA: PGA rampas ketum yang cuba diseludup ke negara jiran
BACA: PGA rampas daun ketum, ubat batuk, sebelum diseludup seberang sempadan
BACA: PGA rampas lebih 1.8 tan ketum bernilai RM52,000
Kumpulan itu difahamkan pernah melepaskan tembakan menggunakan senjata buatan sendiri sebagai amaran kepada anggota PGA yang melakukan rondaan di Bukit Kayu Hitam.
Kementerian Dalam Negeri dalam pada itu mengarahkan PDRM melakukan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti penjenayah yang menyerang dua anggota PGA terbabit.
Umavathi Ramayah
Tue Nov 24 2020

Mangsa Koperal Baharuddin Ramli sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari yang mengalami kecederaan parah. -Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand
Mangsa Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.