PETALING JAYA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mahu media terus menjadi rakan strategik dalam usaha menyampaikan maklumat kepada masyarakat mengenai kebaikan berkoperasi.
Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, gerakan koperasi memainkan peranan penting kepada ekonomi rakyat dan pembangunan sosioekonomi negara, seiring dengan aspirasi Dasar Koperasi Malaysia (DAKOM) 2030.
Menurutnya, media memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi, menyebarkan maklumat dan membentuk pandangan serta peningkatan penghayatan prinsip koperasi melalui artikel dihasilkan.
“Sehubungan itu, adalah amat penting kerjasama strategik ini diteruskan agar maklumat dan informasi dapat disalurkan kepada koperasi dan masyarakat dengan pantas agar keyakinan terhadap institusi ini dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.
“Tanpa sokongan pengamal media sudah pasti agak sukar untuk ANGKASA berkongsi maklumat secara menyeluruh sama ada dengan masyarakat, pelanggan, pihak industri dan pemegang taruh baik dalam negeri mahupun di peringkat antarabangsa.”
“ANGKASA berharap hubungan dan kerjasama ini akan kekal berterusan dan diperkukuhkan pada masa akan datang melalui aktiviti bersama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Pertandingan Boling Persahabatan ANGKASA dan Media 2024 di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya pada Ahad.
Tambah beliau, ANGKASA kini menaungi 15,556 buah koperasi dengan 7.3 juta keanggotaan di seluruh negara dan sentiasa proaktif menyalurkan maklumat untuk meningkatkan keterlibatan koperasi dalam aktiviti perniagaan berimpak tinggi.
Jelasnya, usaha itu memberi manfaat secara terus kepada anggotanya dan masyarakat menerusi pelbagai projek perniagaan seperti Projek Barang Asas 100 (BA100), ternakan lembu tenusu Heifer’s Park, COOPFARMASI dan COOPUMRAH.
“Sempena ulang tahun ke-10, MyAngkasa Amanah Bhd (MAAB) telah menyalurkan baucar tunai RM500 kepada setiap peserta dengan jumlah keseluruhan RM45,000,” ujarnya.
Sementara itu, Abdul Fattah berkata, Pertandingan Boling Persahabatan ANGKASA dan Media sudah menjadi acara tahunan ANGKASA bagi menghargai peranan besar yang disumbangkan oleh pengamal media.
Dalam kejohanan pada tahun ini, pasukan Astro AWANI dinobatkan sebagai juara dengan berjaya melakukan 1,468 jatuhan pin keseluruhan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,800 dan trofi.
Kenyataan Media
Mon Jan 22 2024

Dalam kejohanan pada tahun ini, pasukan Astro AWANI dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,800 dan trofi. - Astro AWANI

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Koperasi sediakan khidmat kewangan berpatutan, ikut peraturan - Angkasa
Koperasi di Malaysia memainkan peranan besar dalam membantu meningkatkan taraf hidup penjawat awam dengan menyediakan perkhidmatan kewangan yang berpatutan.

Angkasa komited bangunkan koperasi untuk kesejahteraan sosioekonomi
Ia selari dengan tema sambutan Hari Koperasi Antarabangsa iaitu "Koperasi Membina Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Semua".

Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.

Angkasa wujudkan rantaian perkhidmatan ekosistem kredit koperasi
Sektor kewangan dan kredit menyumbang lebih 84 peratus kepada perolehan sektor koperasi dalam negara.

Angkasa sasar eksport produk koperasi ke pasaran Asia Pasifik
Ketika ini, Angkasa mempromosi produk ke negara ASEAN seperti Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Brunei dan Singapura.

Hati-hati dengan tawaran pinjaman mudah sambut Aidilfitri - Angkasa
Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam tidak lama lagi, masyarakat di negara ini diingatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran pinjaman wang mudah.

Angkasa mampu jadi koordinator elak peranan 'orang tengah'
Angkasa mempunyai database dengan hampir 10 juta pengguna dan ia diyakini mampu menawarkan harga barangan yang lebih baik kepada pengguna.

Angkasa kenal pasti sembilan koperasi tangani isu kekurangan ayam
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengenal pasti sembilan koperasi yang boleh ditempatkan dalam industri ternakan ayam bagi menangani krisis kekurangan bekalan ayam di negara ini.

Angkasa gesa tubuh lebih banyak koperasi untuk golongan OKU
Koperasi dapat membantu lebih ramai golongan OKU melalui bidang perniagaan, pelancongan, kewangan, hartanah dan perbankan.

Angkasa bawa semangat baharu sektor koperasi jika dapat lesen bank digital - Noh Omar
Kementerian menyokong penuh hasrat Angkasa untuk memperoleh lesen tersebut daripada Bank Negara Malaysia.