KUCHING: Majlis angkat sumpah bagi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak baharu menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud bakal berlangsung di Dewan Undangan Negeri pada 29 Januari (Isnin) ini.
Mengesahkan perkara berkenaan, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MySED), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, watikah pelantikan akan diserahkan kepada Gabenor baharu Sarawak hari ini (Jumaat).
“Saya difahamkan esok (hari ini) adalah watikah diberi dan TYT (Tuan Yang Terutama) yang baharu akan datang lusa 27 Januari. Angkat sumpah akan diadakan pada 29 Januari… biarlah pengumuman berkenaan siapa yang akan jadi TYT itu datangnya daripada saluran yang utama, yang betul. Saya tidak mahu memberitahu walaupun sedikit sebanyak saya tahu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Makan Malam Apresiasi Mysed 2024 di siin, malam tadi.
Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memperkenan calon TYT Sarawak baharu dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pada masa sama, Anwar memberitahu, mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan turut membincangkan pelantikan Speaker Dewan Negara susulan peletakan jawatan Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang dikaitkan dengan pelantikan TYT Sarawak baharu.
Astro Awani
Thu Jan 25 2024

Majlis angkat sumpah bagi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak baharu menggantikan Abdul Taib bakal berlangsung di Dewan Undangan Negeri pada 29 Januari (Isnin) ini. - Gambar fail

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Dakwaan larikan Taib: Polis Sarawak sahkan terima laporan
Polis Diraja Malaysia Sarawak mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung isu tular iaitu kes membawa keluar bekas Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dari sebuah hospital.

Wan Junaidi angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan dalam Majlis Istiadat Angkat Sumpah di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Wan Junaidi tokoh berjasa besar pada Sarawak, Malaysia - Fadillah
Pelantikan Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan semalam bersesuaian dengan jasa dan sumbangan beliau kepada negeri dan negara secara keseluruhan.

Angkat sumpah TYT Sarawak 29 Januari - Abdul Karim
Watikah pelantikan akan diserahkan kepada Gabenor baharu Sarawak hari ini.

Agong perkenan calon TYT Sarawak baharu, lantikan YDP Dewan Negara disegerakan - PM
Anwar berkata, beliau telah mengemukakan nama calon kepada Baginda minggu lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Abdul Taib Mahmud sambung khidmat sebagai TYT Sarawak
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud menerima surat cara pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, Isnin.

TYT Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Rahah
Tun Abdul Taib Mahmud meluangkan masa sekitar 30 minit sebelum beredar meninggalkan Masjid Masjid Ar-Rahah, Kerinchi sekitar jam satu tengahari.

Tun Taib, Abang Johari lunas kewajipan Aidiladha tanpa abai SOP
Pematuhan pada garis panduan keselamatan oleh kedua pemimpin ini menjadi cerminan keseriusan kerajaan negeri dalam menangani COVID-19.