KUALA LUMPUR: Segala peruntukan di bawah Rang Undang-undang Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 kelihatan cantik dan enak didengar, tetapi bagi rakyat Labuan, ia tidak membawa makna apa-apa, tegas Ahli Dewan Negara, Tan Sri Anifah Aman.
Ketika berucap membahas akta tersebut di Dewan Negara pada Selasa, bekas Menteri Luar itu berkata, beliau hairan mengapa masalah air di Labuan masih terjadi, biarpun ia terletak di bawah Menteri Wilayah Persekutuan yang silih berganti.
Anifah berkata, masalah air yang membelenggu Labuan menyebabkan sukar untuk menarik kedatangan pelabur asing, sekali gus menggugat perancangan untuk membangunkan pulau itu ke tahap seterusnya.
“Masalah air Labuan simple (mudah), pertamanya tentang kerja-kerja pembaikan paip air bocor, yang sudah terjadi 30 – 40 tahun. Kedua, peruntukan... tak ada peruntukan tak boleh buat maintenance (penyelenggaraan), kalau tak boleh buat maintenance, rakyat yang menderita.
“Kini saya sekarang dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan. Saya mahukan pelabur. Saya jemput pelabur, dan tiga Fortune 500 syarikat datang. Tapi bila kita beri taklimat dia tanya itu ini, kita tidak boleh menyembunyikan fakta yang air tidak mencukupi di Labuan,” katanya lagi.
Anifah berkata, walaupun begitu, bagi rakyat Labuan beliau mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah memperuntukkan RM1.1 bilion bagi kerja-kerja pembaikan bekalan air di beberapa negeri, termasuk Labuan.
Bagaimanapun tegasnya lagi, rakyat Labuan tidak boleh dipersalahkan sekiranya mereka berasa ragu-ragu melihat projek tersebut boleh menjadi reality.
“Saya katakan di sebalik semua pindaan ini datang ke Labuan, lihat dan tengok keperitan rakyat Labuan. Baru mengerti. Kita berucap di Dewan yang mulia ini, jawab soalan, tapi penderitaan rakyat Labuan tidak dirasai pemimpin, maka tidak ada ertinya semua ini.
“Saya berterima kasih ini pertama kali Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan menyediakan peruntukan RM1.1 bilion untuk Kelantan, Sabah, termasuk Labuan. Terima kasih banyak-banyak. Sekurang-kurangnya ada cahaya di hujung terowong.
“Tapi lagi penting, pastikan ada duit semua, kita laksana dengan baik. Dan saya harap kalau ikut tender, pastikan tender terbuka, jangan ada campur tangan politik, dapatkan kontraktor yang terbaik supaya masalah air Labuan, mungkin 100 peratus tak dapat diselesaikan, tapi ada perbezaan,” katanya lagi.
Persidangan Dewan Rakyat 13 Oktober lepas meluluskan rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 654) yang bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh integriti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 25 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan.
Firdaus Azil
Tue Nov 28 2023

Bekas Menteri Luar itu berkata, beliau hairan mengapa masalah air di Labuan masih terjadi, biarpun ia terletak di bawah Menteri Wilayah Persekutuan yang silih berganti.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.

Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.

Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.

Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.

Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.

Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.

16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.

Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.

PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.