SHAH ALAM: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook tidak mengetahui kesahihan dakwaan yang menyatakan hidangan tradisi masyarakat Cina, 'yee sang' (salad campuran sayur-sayuran dan ikan) dimulakan oleh datuknya, Loke Ching Kee.
Beliau ketika dihubungi Sinar Harian enggan mengulas lanjut berkenaan dakwaan tersebut.
“Saya tak mahu komen tentang dakwaan itu, lagipun saya tidak berapa tahu sama ada ia betul atau tidak.
“Susah mahu cakap, saya tidak mahu ulaslah,” katanya ringkas pada Sabtu.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengaitkan asal-usul sajian utama yang menjadi pelengkap sambutan Tahun Baharu Cina itu dengan keluarga Anthony Loke.
Menurut perkongsian di Twitter, pengguna akaun dengan nama @adrianlimcheeen mendakwa, yee sang ialah makanan yang dicipta oleh Restoran Loke Ching Kee di Seremban sekitar tahun 1940-an.
“Restoran Loke Ching Kee ialah restoran yang diusahakan oleh sosok bernama Loke Ching Kee, iaitu datuk kepada Anthony Loke Siew Fook (menteri pengangkutan sekarang).
"(Masyarakat) Cina di China, Hong Kong, Taiwan dan Indonesia tak buat yee sang masa Tahun Baharu Cina. Hatta apa itu yee sang pun mereka tidak tahu.
"Di Malaysia, Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban semua tahu apa itu yee sang. Ia adalah amalan biasa di Malaysia,” ciapnya.
Untuk makluman, Anthony Loke juga pernah berkongsi satu hantaran di Facebook mengenai sebuah portal yang menyiarkan artikel tentang sejarah yee sang lapan tahun lalu. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 21 2023
Anthony Loke pernah berkongsi satu hantaran di Facebook mengenai sebuah portal yang menyiarkan artikel tentang sejarah yee sang lapan tahun lalu. - Sinar Harian
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah
Rumah kayu yang mempamerkan ciri-ciri seni bina tradisional Kedah itu bakal menarik minat pelancong yang datang ke Alor Setar.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah ATF selepas yang pertama di Kuching, Sarawak pada 2014.
Tahun Baharu Cina: Anthony Loke adakan majlis gaul Yee Sang bersama ahli Kabinet
Katanya, acara duduk dan makan bersama selepas setiap kali Mesyuarat Kabinet telah jadi kebiasaan, bertujuan mengeratkan lagi silaturahim.
Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2021 berlangsung dalam norma baharu
Usaha itu sedikit sebanyak diharapkan dapat menceriakan lagi sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2021.
Memey si kambing jadi tarikan di majlis hidang Yee Sang
Sepasang suami isteri dari Sweden teruja menyambut Tahun Baru Cina di Malaysia dengan sertai acara unik iaitu menghidang sajian tradisional kaum Tionghua, Yee Sang kepada seekor kambing.