LOS ANGELES: Untuk pertama kali, kategori muzik Afrika diperkenalkan di Anugerah Grammy termasuk tiga kategori baharu untuk anugerah tahun ini, termasuk "Prestasi Muzik Afrika Terbaik" menampilkan beberapa bintang global Afrobeats.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Rakaman Harvey Mason Jr. dalam satu kenyataan mengumumkan pengenalan termasuk kategori baharu iaitu Rakaman Pop Dance Terbaik dan Album Jazz Alternatif Terbaik.
"Kami berbesar hati untuk menghormati dan meraikan komposer dan rakaman dalam kategori-kategori ini, sambil mendedahkan pelbagai jenis muzik kepada peminat di seluruh dunia.
"Penambahan kategori Prestasi Muzik Afrika Terbaik berikutan peningkatan pesat populariti global Afrobeats. Hanya di Spotify, aliran Afrobeats telah meningkat lebih daripada 550% sejak 2017, menurut platform tersebut, menjadikannya salah satu "genre yang berkembang paling pesat," katanya.
Menjelang Anugerah Grammy 2024 pada 4 Februari di Los Angeles, berikut merupakan beberapa info yang perlu diketahui mengenai calon Kategori Persembahan Muzik Afrika Terbaik yang berpotensi mencipta sejarah.
Arya Starr
Oyinkansola Sarah Aderibigbe, juga dikenali sebagai Ayra Starr, dinominasikan menerusi single "Rush," yang terkandung dalam album studio sulungnya "19 & Dangerous." Lagu ini menduduki carta secara global, menjadi viral dengan cabaran tarian di TikTok, disenaraikan dalam senarai mainan tahunan bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, untuk tahun 2022, dan kini telah mencapai lebih 300 juta penstriman di Spotify serta hampir 300 juta tontonan di YouTube.
Asake & Olamide
Dua penyanyi berpengaruh Nigeria ini masing-masing mencatatkan pencalonan pertama mereka menerusi lagu hit mereka "Amapiano." Asake, yang nama sebenarnya ialah Ahmed Ololade, memiliki album sulung Nigeria dengan kedudukan tertinggi dalam sejarah carta Billboard pada tahun 2022 dengan albumnya "Mr. Money with the Vibe." Lagu yang dinominasikan untuk Grammy ini adalah single ketiga daripada album keduanya, "Work of Art," dan ia memperingati Amapiano - genre muzik Afrika lain yang mendapat populariti dan pujian di seluruh dunia.
Tyla
Tyla, penyanyi berusia 21 tahun dari Afrika Selatan, dinominasikan menerusi lagu hit, "Water," yang mencetuskan gerakan tarian viral selepas dilancarkan pada tahun 2023. Beliau menggambarkan genre muziknya sebagai "Popiano" — satu perpaduan antara genre Amapiano Afrika Selatan dan muzik pop. "Water" adalah single pertama dari album studio sulungnya, "Tyla," dan merupakan lagu yang menduduki tangga lagu tertinggi oleh seorang artis solo dari Afrika Selatan di Billboard Hot 100.
Burna Boy
Burna Boy atau sebenarnya ialah Damini Ebunoluwa Ogulu, dinominasikan untuk empat Grammy tahun untuk kategori Album Muzik Global Terbaik, Persembahan Rap Melodik Terbaik, Persembahan Muzik Global Terbaik, dan Persembahan Muzik Africa Terbaik serta akan membuat persembahan di anugerah tersebut. Bukan kali pertama beliau berada dalam gelanggang anugerah, beliau telah memenangi Grammy Album Muzik Global Terbaik pada tahun 2021 untuk album "Twice as Tall."
Agensi
Thu Feb 01 2024

Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Rakaman Harvey Mason Jr. mengumumkan kategori baharu iaitu Rakaman Pop Dance Terbaik dan Album Jazz Alternatif Terbaik.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.