KUALA LUMPUR: Anugerah Media Digital Asia 2024 yang berlangsung di ibu negara semalam mengiktiraf agensi berita dan media yang memupuk penggunaan strategi media digital seiring perubahan media tradisional kepada secara dalam talian.
Anugerah anjuran Persatuan Akhbar dan Penerbit Berita Sedunia (WAN-IFRA) itu menerima 136 penyertaaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Acara itu sebahagian daripada Persidangan Media Digital Asia yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, yang menghadiri majlis itu, turut menyampaikan beberapa anugerah antaranya kategori Laman Sesawang Berita Terbaik, Laman Gaya Hidup Terbaik dan Penggunaan Video Terbaik.
Majlis itu turut menyaksikan saluran berita Astro AWANI merangkul tiga anugerah iaitu kategori media kecil dan sederhana bagi Anugerah Laman Gaya Hidup Terbaik menerusi halaman Piala Asia Qatar 2023, Anugerah Projek Semakan Fakta Terbaik menerusi Inisiatif AI-Powered Fact-Checking Lab dan anugerah Penggunaan AI Terbaik dalam Bilik Berita bagi program Tanya AI.
Sinar Karangkraf Sdn Bhd menerusi portal Sinar Daily pula merangkul Anugerah Laman Sesawang Berita Terbaik bagi kategori media kecil dan sederhana manakala Star Media Group Berhad muncul pemenang perak bagi Anugerah Penggunaan AI dalam Strategi Hasil Terbaik menerusi Inisiatif RHB #JomSapot BeliLokal Gen-AI Led Integrated Marketing Campaign.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024

Wong (kanan) menyampaikan trofi kepada penerima Anugerah Laman Web Gaya Hidup Terbaik, wakil Astro AWANI Mohd Fazil Che Ani (tengah) pada Majlis Anugerah Media Digital Asia 2024 di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam. --fotoBERNAMA
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.