KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai mengikuti dan memahami amanat 'Membangun Malaysia Madani' yang akan disampaikan beliau esok secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Perdana Menteri berkata ia sebagai usaha dan upaya untuk mencipta lonjakan baharu buat negara.
"Esok saya akan berada di PICC di Putrajaya bagi mencerakinkan mengenai bagaimana negara dan tatanan ini dapat menjunjung nilai dan etika pemerintahan yang baik buat rakyat," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Anwar dijadual menyampaikan amanat bertajuk 'Membangun Malaysia Madani' pada 11.30 pagi sebelum menyempurnakan montaj dan gimik pelancaran buku 'Membangun Negara Madani'.
Buku yang diterbitkan Institut Darul Ehsan (IDE) itu antaranya menghimpunkan pengalaman politik serta hasil pembacaan Anwar selama empat dekad yang bermula dari zaman beliau bergelar mahasiswa hingga memimpin gerakan reformasi.
Amanat khas berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen media tempatan seperti Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selain menerusi Facebook Live Institut Darul Ehsan.
Program dijadual bermula 9 pagi dengan ucapan aluan Pengarah Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) Datuk Ismail Yusop.
Ia disusuli slot 'Wacana Membangun Negara Madani' pada 9.15 pagi yang akan disertai empat panel jemputan antaranya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Eksekutif IDE Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman,
Turut dijemput sebagai panel dalam wacana berkenaan ialah Presiden Kolej Dar al-Hikmah Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty dan Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia Prof Dr Haslinda Abdullah.
Dif-dif kenamaan dijadual tiba pada 11 pagi dan majlis dijadual tamat pada 1 tengah hari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023

Perdana Menteri berkata ia sebagai usaha dan upaya untuk mencipta lonjakan baharu buat negara.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.

PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.

PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.

Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.