MENTAKAB: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan yang beliau didakwa seorang ejen perisik Mossad dan menuntut pihak kerajaan memberi penjelasan berkaitan dakwaan tersebut.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), mahu tahu bagaimana boleh berlaku kemasukan ejen daripada agensi perisikan Israel itu, yang didakwa bertujuan menculik seorang warga Palestin.
“Semua pihak terbabit dengan keselamatan negara perlu memberikan penjelasan berkaitan isu tersebut. Bagaimana boleh dibiarkan beroperasi dan berlegar di sekitar negara kita, khususnya di Kuala Lumpur.
“Pelik fitnah seperti ini boleh muncul. Apa yang saya maklum, memang ada bernama Anwar, ejen Mossad di Kanada,” katanya ketika menyampaikan ceramah umum Pakatan Harapan di sini, malam tadi.
Perkara tersebut terbongkar menerusi laporan media tempatan pada Selasa, mengenai dua rakyat Malaysia yang dipercayai ditahan kerana dikatakan terbabit dalam kes penculikan warga Palestin akhir September lalu.
Sementara itu, Anwar berkata, beliau mahu debat terbuka diadakan antara calon-calon Perdana Menteri (PM) setiap parti, berkaitan hala tuju parti masing-masing dalam menerajui kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Debat yang diadakan seperti ini membolehkan rakyat mengetahui apa dasar calon PM yang bakal dibawa selepas pilihan raya.
“Di sinilah (debat) diadakan membolehkan rakyat mengetahui apa perancangan dan dasar kerajaan yang akan dilaksanakan,” katanya kepada media.
Amir Hamzah Nordin
Wed Oct 19 2022

Anwar berkata, semua pihak terbabit dengan keselamatan negara perlu memberikan penjelasan berhubung isu ejen Mossad di Malaysia. - Gambar fail BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Anwar Ibrahim nafi didakwa ejen Mossad
Beliau mahu tahu bagaimana boleh berlaku kemasukan ejen daripada agensi perisikan Israel yang didakwa bertujuan menculik.