Namun, kaji selidik oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati, pilihan yang terbaik untuk Malaysia ketika ini adalah melantik Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
"Sebanyak 49.80 peratus (25,469) responden menyatakan sokongan supaya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri manakala 32.49 peratus (16,617 responden) mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri," kata badan pemikir itu dalam kenyataan hari ini.
Dapatan tersebut diperoleh menerusi pungutan pendapat bertajuk 'Rakyat Malaysia Bersuara' yang dijalankan IDE secara elektronik bermula jam 4 petang 24 Oktober, 2020, hingga 12 tengah malam tadi.
Tinjauan tersebut dilakukan menerusi medium sebaran WhatsApp, Twitter, Facebook, emel, laman sesawang dan Telegram yang dihubungkan kepada Sistem E-Survei IDE.
Hasil kaji selidik juga mendapati, 77.39 peratus (39,587 responden) menolak darurat, dan ini konsisten dengan kegusaran yang dilontarkan pemerhati politik.

BACA: Darurat hanya akan burukkan lagi ekonomi - Tengku Razaleigh
BACA: COVID-19 alasan kerajaan untuk salah guna kuasa, dakwa Anwar Ibrahim
"Berdasarkan analisis, IDE mendapati majoriti yang menyokong pengisytiharan darurat adalah mereka yang turut cenderung menyokong Muhyiddin untuk kekal sebagai Perdana Menteri.
"Namun begitu, mereka yang menolak darurat lebih cenderung memilih Anwar sebagai Perdana Menteri," kata kenyataan itu lagi.