KUCHING: Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan awal berjumlah RM1 bilion untuk memulakan kerja-kerja menaik taraf prasarana dan keupayaan kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di sempadan Sarawak dan Sabah.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelulusan tersebut dibuat susulan perbincangan beliau dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo baru-baru ini berhubung perpindahan ibu kota negara itu ke Nusantara, Kalimantan, yang berkongsi sempadan dengan kedua-dua wilayah Malaysia itu.
"Kita telah putuskan untuk memberi peruntukan tambahan bagi penyediaan CIQS sempadan dari segi keselamatan dan meningkatkan keupayaan CIQS dan prasarana asas seperti jalan raya kerana kita tidak mahu dilihat seperti terlalu daif," kata beliau.
Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pelaksanaan Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di sini hari ini, beliau berkata perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.
Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan beberapa menteri Kabinet Persekutuan dan negeri.
Dalam mesyuarat itu, Anwar berkata kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menaikkan pemberian khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada Sarawak kepada RM300 juta.
Perdana Menteri berkata jumlah itu adalah pembayaran peringkat awal sebelum satu formula khusus diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.
Beliau berkata prinsip pemberian itu diputuskan oleh pemimpin terdahulu yang melihat kedudukan Sabah dan Sarawak semasa pembentukan Malaysia yang dilihat lebih mundur ketika itu.
"Sebelum ini, Sarawak hanya diberi RM16 juta... tentunya saya selaku Menteri Kewangan berpendapat ini satu jumlah yang tidak munasabah.
"(Tetapi) untuk beri terlalu tinggi pun tidak mampu kerana dalam 112D menyebut pembayaran itu tertakluk kepada keupayaan kewangan Kerajaan Persekutuan," kata beliau.
Anwar turut mengumumkan pelantikan Setiausaha Kewangan Sarawak Datuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkuat kuasa hari ini.
"Permohonan ini telah diminta (oleh kerajaan Sarawak) sudah lama dan saya berpendapat ini tiada masalah.
"Yang penting syaratnya (untuk lantikan ini ialah) mereka mesti profesional dan mempunyai pengalaman dan tentunya (Wan Lizozman) punyai kelayakan dan ini boleh membantu LHDN," kata beliau.
Perdana Menteri turut mengumumkan pengecualian cukai bagi pemberian bonus kepada semua pegawai perkhidmatan awam di semua negeri.
"Sekarang ini bonus diberikan kerajaan negeri tertakluk kepada cukai, tetapi atas permintaan Abang Johari dan saya rasa ia munasabah, bonus akan dikecualikan dari cukai dan ini terpakai untuk semua pegawai perkhidmatan awam di semua negeri," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kuching hari ini. Turut sama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. - Foto BERNAMA
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar -WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WHO kurangkan bajet AS$400 juta selepas Amerika tarik diri
Negara-negara anggota yang menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu bagi mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan terhadap pemotongan bajet sebanyak 400 juta dolar. Ia selepas keputusan Amerika Syarikat selaku penyumbang dana terbesarnya menarik diri dari menyertai pertubuhan itu, atas arahan Presiden Donald Trump.
Netanyahu dapat 'lampu hijau' ke fasa dua genjatan senjata
Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid menegaskan bahawa tiada sebab yang menyekat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk meneruskan rundingan genjatan senjata fasa dua di Gaza. Ujarnya, Netanyahu mempunyai setiap jaringan sokongan dari parti politik di Israel untuk bergerak ke arah fasa dua genjatan senjata Gaza kini.
Presiden Uzbekistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Selasa
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Selasa.
Tarif elektrik naik 14 peratus tidak benar - PM
Dakwaan bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat 14 peratus pada Julai ini adalah tidak benar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
PM Anwar tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bantu bangunkan Gaza
Anwar berkata apa sahaja keputusan yang dilakukan beliau ketika ini dianggap kontroversi bagi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
PM Anwar seru rakyat tumpu kepentingan negara
Beliau berkata Malaysia juga harus menjadi negara contoh perpaduan kaum yang baik.
The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.