KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah membatalkan lesen pengendali syarikat bas persiaran terlibat kemalangan di Jalan Genting Highlands yang mengorbankan dua pelancong China pada 29 Jun lepas.
Agensi itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan membatalkan lesen pengendali termasuk permit kenderaan syarikat M. Kumar Trans Tour Sdn Bhd dibuat Jawatankuasa Pembatalan dan Penggantungan Lesen (JPPL) pada Selasa lepas.
Menurut APAD, keputusan itu dibuat selepas syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat lesen mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan pemanduan secara berbahaya.
"Semakan dengan agensi berkaitan juga mendapati syarikat turut mempunyai rekod saman lampau yang tinggi. Sebarang transaksi berhubung dengan lesen pengendali bagi syarikat berkenaan tidak akan dibenarkan berkuat kuasa serta-merta.
"Tindakan ini diharap menjadi pengajaran dan peringatan kepada pengendali lain untuk sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa beroperasi terutama perkara melibatkan hal-hal keselamatan," menurut kenyataan itu.
APAD juga mengingatkan mana-mana syarikat agar sentiasa memantau prestasi dan kebajikan pemandu kenderaan masing-masing dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
"APAD tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya yang membabitkan kemalangan dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain," menurut kenyataan itu.
Dalam kemalangan itu, dua lelaki warga China maut manakala 19 penumpang lagi terselamat selepas bas persiaran dinaiki dipercayai terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan di Kilometer 16.5 Jalan Turun Genting Highlands.
Pada 3 Julai lepas, pemandu bas persiaran berkenaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Raub, Pahang atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya dan tiada lesen memandu sehingga menyebabkan kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Keputusan dibuat selepas syarikat itu gagal mematuhi syarat lesen mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan pemanduan secara berbahaya. - Foto: Sinar Harian

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember
Langkah itu merupakan salah satu daripada langkah untuk mempromosikan EV dalam industri e-hailing.

Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.

APAD batal, gantung lesen syarikat bas persiaran terlibat nahas Genting Highlands
Syarikat bas persiaran yang terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands pada Sabtu lepas kemungkinan berdepan hukuman penggantungan atau pembatalan lesen di bawah Akta Pen

Nahas bas Genting Highlands: Permit tamat tempoh, syarikat pelancongan bakal didakwa - Loke
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diarahkan untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab syarikat itu dalam tempoh tiga hari.

Nahas bas Jalan Kuantan-Segamat: APAD dapatkan laporan lengkap sebelum ambil tindakan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sedang bekerjasama dengan agensi terlibat bagi mendapatkan laporan lengkap insiden kemalangan jalan raya antara sebuah bas persiaran dan treler di Jalan Kuantan -

Isu kontrak suami: "Saya berdiam kerana enggan ganggu siasatan" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.

Bas dari Thailand dibenar masuk Malaysia, perlu permit APAD - Anthony Loke
Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon tersebut.

Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.

Pemandu bas halau penumpang: APAD arah siasatan lanjut dijalankan
Memandang serius insiden berkenaan, APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa syarikat itu telah menggantung tugas pemandu bas terlibat.

Aidilfitri: Tiket ke utara, tren ELA ke Pantai Timur habis dijual - Loke
Semua tiket melibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) menghala ke Utara dan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) ke Pantai Timur telah habis dijual sempena sambutan Aidilfitri.